Pada bulan September atau Oktober ini, Apple bakal melancarkan iPhone 13 (iPhone 12s) yang merupakan kesinambungan daripada iPhone 12. Saya meramalkan 14 September atau 15 September 2021 merupakan tarikh keramat bagi Acara Khas.
iPhone 13 adalah model yang masih menggunakan reka bentuk iPhone 12. Sudah semestinya Apple bakal mengekalkan kategori yang sama iaitu:
Segmen: Andalan
1. iPhone 13 Pro Max
2. iPhone 13 Pro
Segmen: Separa Andalan
1. iPhone 13
2. iPhone 13 mini
Tahun ini saya percaya tumpuan akan diberikan pada segmen andalan. iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max bakal hadir dengan panel LTPO, kadar segar semula 120Hz serta Always-on-Display (AOD). Sudah menjadi lumrah iPhone 13 bakal hadir dengan naik taraf kamera dan A15 Bionic. Selain itu takuk pada semua model iPhone 13 akan dikecilkan berbanding model sebelumnya.
Dari segi kapasiti mAh, berikut ramalan kapasiti bateri iPhone 13.
Segmen: Andalan
1. iPhone 13 Pro Max (4,352 mAh)
2. iPhone 13 Pro (3,687 mAh)
Segmen: Separa Andalan
1. iPhone 13 (3,687 mAh)
2. iPhone 13 mini (2,406 mAh)
Secara tradisi, apabila Apple melancarkan iPhone 13, maka beberapa model terdahulu akan mengalami penurunan yang ketara. Saya akan ulas secara terperinci berhubung ramalan bagi harga iPhone terdahulu pada penulisan akan datang.
Kali ini tumpuan saya tertumpu kepada ramalan harga bagi iPhone 13. Berikut senarai harga mengikut segmen dan kapasiti storan:
Segmen: Andalan
1. iPhone 13 Pro Max
128GB – RM5,299.00
256GB – RM5,799.00
512GB – RM6,699.00
2. iPhone 13 Pro
128GB – RM4,899.00
256GB – RM5,399.00
512GB – RM6,299.00
Segmen: Separa Andalan
1. iPhone 13
64GB – RM3,899.00
128GB – RM4,099.00
256GB – RM4,599.00
2. iPhone 13 mini
64GB – RM3,399.00
128GB – RM3,599.00
256GB – RM4,099.00
Walakin begitu, memandangkan mata wang ringgit pada ketika ini kurang baik. Terdapat kemungkinan harga iPhone bakal naik sekitar RM400.00 berbanding harga yang saya nyatakan di atas.
Saya turut meramalkan tarikh jualan iPhone 13 mungkin setara dengan Amerika Syarikat dan Singapura. Jika terlewat sekalipun ia tidak mencapai tempoh yang sangat lama. Cuma menjadi kegusaran saya adalah faktor Fasa Pemulihan Negara.
Sebagai contoh Beats Studio Buds, produk ini telah diluluskan sejak 8 Jun 2021, namun 18 Ogos 2021 baru bermula pra-tempah bagi produk tersebut. Begitu juga MagSafe Battery Pack, produk ini telah diluluskan sejak 27 Julai 2021 dan sehingga kini tiada tarikh rasmi bagi jualan untuk produk tersebut.
Konklusinya, saya meramalkan tiada perubahan harga bagi iPhone 13, jika berlaku sekalipun ia akan meningkat pada kadaran RM400.00. Memandangkan negara kita masih bergelumang dengan Covid-19, saya kuatir tarikh jualan mungkin berubah berdasarkan kenyataan yang telah saya nyatakan di atas.
SEKADAR PANDANGAN