in

iPhone, Beli atau Tangguh? – Bab Kedua

Pada Jun lepas, saya telah mengeluarkan satu twit di Twitter yang menggalakkan warga maya menangguh pembelian iPhone. Mengapa?

Terdapat beberapa faktor yang mengukuhkan pandangan saya ini.

Apple kebiasaannya akan melancarkan iPhone dan Apple Watch pada bulan September. Berbeza pada tahun lepas apabila Apple Watch dilancarkan pada bulan September manakala iPhone Oktober.

i-Phone-13-Camera-2

Gambar: @RendersbyIan

Tidak dipastikan sama ada Apple akan mengikut jadual yang sama atau tertumpu pada bulan September sahaja. Pokoknya, kedua-dua produk ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Menjadi satu kerugian besar jika kita laburkan ribuan ringgit untuk membeli produk yang usianya hampir setahun.

Produk elektronik seperti iPhone dan Apple Watch mempunyai jangka hayat. Sudah menjadi kebiasaan produk terkini akan lebih baik berbanding model sebelumnya.

Tahun ini tidak dipastikan sama ada Apple bakal menggunakan nama iPhone 13 atau iPhone 12s. Walakin begitu, sudah semestinya iPhone terbaharu hadir dengan spesifikasi yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Lagi artikel di ifon.my  Penerbit Membandingkan Kualiti Video Pada iPhone Xs Max Dengan Kamera Profesional Berharga RM40,000.00

iphone-13-design-schematic-3d-leak-1

Gambar:EverythingApplePro

Kita tidak akan mengetahui spesifikasi yang tepat sehinggalah Apple melancarkannya. Jika dilihat beberapa sumber, iPhone 13 bakal dijana dengan A15 Bionic, kadar segar semula 120Hz serta peningkatan kualiti kamera ultra-lebar bagi segmen andalan.Selain itu kapasiti mAh telah dipertingkatkan dan berikut senarainya:

iPhone 13 Pro Max
4,352mAh

iPhone 13 Pro
3,095mAh

iPhone 13
3,095mAh

iPhone 13 mini
2,406mAh

Peningkatan mAh terutama pada segmen andalan disebabkan fungsi kadar segar semula 120Hz. Kendatipun begitu, panel LTPO akan membantu dalam mengurangkan penggunaan kuasa yang tinggi.

Saya akan perincikan tentang spesifikasi iPhone 13 pada siaran akan datang.
Secara tuntas kita boleh lihat perubahan ketara ini sudah semestinya membuatkan pembelian tersebut berbaloi walaupun terpaksa menunggu beberapa bulan lagi.

Lagi artikel di ifon.my  OST iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPhone Xs, iPhone Xs Max

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

(gambar kredit: Max Weinbach)

iPhone, Beli atau Tangguh? – Bab Satu

AirPods, Beli Baharu atau Terpakai?