Kadar segar semula (refresh rate) merupakan bilangan gambar yang dijana oleh skrin dalam sesaat melalui ukuran Hertz (Hz). Semakin tinggi kadar segar semula, semakin lancar gerakan pada skrin.Contohnya, 60Hz boleh menjana 60 gambar sesaat, manakala telefon pintar dengan 120Hz boleh menjana 120 gambar sesaat. Hasilnya paparan lebih lancar terutama saat membuat tatalan atau bermain permainan mudah alih.
Setakat ini hanya iPhone 13 Pro/Max, iPhone 14 Pro/Max dan iPhone 15 Pro/Max menyokong kadar segar semula 120Hz ProMotion. Ketiga-tiga model terbabit menggunakan panel LTPO yang boleh menyelaras kadar segar semula.Pelarasan ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bateri pada kadar yang tinggi. Walakin begitu, hanya iPhone 14 Pro/Max dan iPhone 15 Pro/Max menyokong LTPO yang boleh menyelaras kadar segar semula 120Hz ke 1Hz.
Manakala iPhone 13 Pro/Max hanya menyelaras dari 120Hz ke 10Hz sahaja. Natijahnya, iPhone 13 Pro/Max tidak menyokong paparan kekal (AOD). Saya mengakui segelintir pengguna tidak dapat membezakan kadar segar semula 120Hz dan 60Hz.
Namun, semuanya dapat dizahirkan sebaik menggunakannya. Setakat ini iPhone 15 dan iPhone 15 Plus tidak menyokong kadar segar semula 120Hz. Malah iPhone 16 dan iPhone 16 Plus juga tidak akan menyokong teknologi tersebut.
Penting ke kadar segar semula?
Saya boleh katakan penting, walaupun ada yang mengatakan 60Hz iPhone setaraf dengan 120Hz telefon pintar Android. Kenyataan ini saya sanggah sepenuhnya.Fahami fungsi kadar segar semula barulah boleh menoktahkan perkara tersebut. Jangan kerana dalam hati sudah melekat logo Apple, semua telefon pintar Android dinafikan sepenuhny