in ,

Adakah Anda Mengecas iPhone Sehingga 100% Memberi Kesan Buruk?


Isu berkenaan bateri ini hakikatnya tidak akan berkesudahan memandangkan ia merupakan satu isu yang subjektif.


Sama ada suka atau tidak, anda harus mempunyai sedikit ilmu berhubung teknik penjagaan bateri.

Isu berkaitan penjagaan bateri ini telah saya tekankan dalam penulisan sebelum ini dimana anda WAJIB  menggunakan kabel yang asli atau mempunyai pengesahan MFi (Made for iPhone, iPad dan iPad)

Selain itu, elakkan iPhone anda terdedah kepada suhu yang panas atau sejuk melampau kerana sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan bateri iPhone anda.

Hal ini telah dibuktikan dengan kenyataan Apple di laman rasmi mereka berhubung isu tersebut.


“Device use also affects the performance of a battery over its lifespan. For example, leaving or charging a battery in a hot environment can cause a battery to age faster. These are characteristics of battery chemistry, common to lithium-ion batteries across the industry.”

Berbalik kepada topik, adakah mengecas bateri iPhone sehingga 100% memudaratkan iPhone anda?

Secara kebiasaannya, sebelum tidur anda akan mula mengecas iPhone dan biarkan ia dalam tempoh yang agak lama walaupun iPhone anda hanya memerlukan beberapa jam sahaja untuk penuh.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xs Max Mempunyai Tahap Kepantasan Lebih Baik Berbanding Samsung Galaxy Note 9

Merujuk kepada Prof Madya Daniel Steingart yang berkhidmat di Jabatan Mekanikal dan Kejuruteraan Aeroangkasa.

0006478_apple-smart-battery-case-for-iphone-66s
Apple Smart Case

Beliau menjelaskan bahawa tiada masalah untuk memastikan bateri iPhone dicas sehingga 100% dan anda seharusnya memastikan iPhone anda senantiasa di cas bagi mengelakkan ia turun ke tahap kritikal.

Walaupun ramai yang kuatir bahawa mungkin iPhone anda akan terlebih cas (overcharge). Namun,perkara ini tidak perli dirisaukan kerana iPhone sudah mempunyai komponen elektronik yang mampu menyekat sebarang lebihan cas walaupun anda membiarkan semalam.

Selain itu, iOS juga mempunyai ciri-ciri khusus yang mampu mengawal sebarang ketidakstabilan pada komponen elektronik.

Namun, adakah penjelasan Profesor Madya ini tepat?

Nampaknya penjelasan yang diberikan oleh Prof. Madya tadi bercanggah dengan pandangan dari Venkat Srinivasan yang merupakan Pengarah Argonne Collaborative Center For Energy Storage Science.

Beliau telah menegaskan supaya anda mengelakkan dari mengecas iPhone ke paras 100%. Pastikan anda terus mencabut kabel pengecasan setelah Bateri iPhone anda mencapai 90%.

Lagi artikel di ifon.my  Rakyat Malaysia Cenderung Membeli iPhone Model Terdahulu

Menurut beliau lagi peratus bateri iPhone harus berada di paras 30% hingga 80%.

Sebab utama mengapa beliau memaklumkan supaya iPhone anda tidak dicas sehingga 100% adalah bagi mengelakkan sebarang  reaksi yang menyebabkan elektrolit merosot dimana ia akan mengakibatkan jangka hayat bateri anda menurun

hirise-xiig

Hakikatnya pandangan dari Venkat Srinivasan dipersetujui oleh Prof Madya Daniel Steingart. Oleh yang demikian, dengan mengekalkan bateri iPhone pada 90% adalah langkah paling selamat.

Tuntasnya, terpulang kepada anda untuk menerima mana-mana pandangan dari cendikiawan ini.  

Antara perkara wajib yang harus anda ikuti adalah dengan memastikan aksesori iPhone adalah asli terlebih dahulu sebelum anda menyalahkan iOS atau iPhone itu sendiri.

Terlalu kompleks sebenarnya untuk mendapatkan penjelasan yang signifikan. Hakikatnya penurunan bateri secara mendadak bukan semuanya berpunca daripada iPhone. Namun kebenarannya  berpunca dari anda.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber : The Verge

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Seng Heng Membuat Potongan Harga RM400 Bagi iPhone X

Jangkaan Bagi Acara Khas Apple September 2018- Episod 1