in

iPhone XS Dan iPhone XS Max Mengalami Penurunan Di China Akibat Tekanan Jualan Yang Lemah

Seperti diketahui jualan bagi iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max mengalami penurunan dari segi permintaan akibat dari perang dagang antara AS dan China serta Program Penggantian Bateri yang menyebabkan pengguna iPhone tidak cenderung untuk menaiktaraf ke model yang baharu.

Screen-Shot-2018-09-13-at-12-03-04

China merupakan negara yang mencatat jualan tertinggi bagi iPhone setiap tahun. Akibat dari kelemahan yang sangat ketara ini, Apple telah mengambil langkah untuk menurunkan harga jualan bagi iPhone XR pada Januari 2019.

Atas inisiatif tersebut, banyak wakil penjual Apple mula menurun harga iPhone XR yang diharap dapat menarik Pengguna untuk membeli model tersebut.

Terkini, Taipei Central News Agency telah melaporkan bahawa Wakil Jualan Apple mula menawarkan potongan harga bagi iPhone XS dan iPhone XS Max.

Lagi artikel di ifon.my  DeviceAtlas: iPhone 7 Plus Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Berdasarkan laporan tersebut iPhone XS dikhabarkan mengalami potongan harga sehingga 1,000 Yuan ($150) atau  RM609.87. Namun sekiranya pembeli membeli secara atas talian, mereka memperoleh potongan harga sekitar $165 atau RM670.85.

Bagi iPhone XS Max pula harga jualan dikhabarkan menerima potongan harga sekitar 2,000 Yuan atau sekitar RM1,279.73. Ini bermakna iPhone XS Max antara model yang menerima potongan tertinggi berbanding iPhone XS dan iPhone XR.

u-10168685

Setakat ini potongan harga ini hanya melibatkan negara China. Walau bagaimanapun, di Malaysia beberapa Pusat Jualan Apple mula menawarkan potongan harga bagi iPhone XS Max, iPhone X dan iPhone XR.

Sebagai contoh Switch Malaysia mula menawarkan potongan harga sebanyak RM200.00 bagi iPhone XR 256GB dan iPhone X 64GB pada harga RM3,564.00.

Lagi artikel di ifon.my  Switch Mengesahkan Bahawa Mereka Menerima Tuntutan Jaminan Bagi iPhone Set Unlocked

Ini bermakna beberapa Pusat Jualan juga akan turut mengikut jejak Switch Malaysia dan tidak mustahil beberapa bulan dari sekarang harga iPhone bakal menerima potongan harga yang sangat lumayan sekiranya Apple terus tersepit dengan permintaan yang lemah.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

IDC: Apple Mengukuhkan Kedudukan Sebagai Peneraju Peranti Boleh Pakai Bagi Suku Keempat Tahun 2018

70% Dari 3,065 Responden Cenderung Memilih Pelindung iPhone Tahan Lasak