in ,

Aplikasi Kalkulator Akan Hadir Ke iPadOS 18

Setelah hampir 14 tahun menunggu, terdapat laporan yang mengesahkan aplikasi Kalkulator akan diperkenalkan sewaktu pelancaran iPadOS 18 pada 11 Jun ini sempena #WWDC24.

Punca utama mengapa Kalkulator tidak ditawarkan pada iPadOS bermula dari zaman Steve Jobs. Steve Jobs kurang menyukai reka bentuk Kalkulator pada iPhoneOS (iPadOS) yang diperbesarkan untuk iPad.Natijahnya, iPad generasi pertama yang dilancarkan pada 2010 tidak didatangkan dengan fungsi Kalkulator pada iPhoneOS 3.0. Sejak itulah, Apple seolah-olah tidak menganggap Kalkulator sesuatu yang amat penting untuk dipasang untuk iPad.

Craig Federighi pernah membuat kenyataan berhubung isu Kalkulator pada iPad.Menurutnya, Apple belum berkesempatan untuk memperkenalkan Kalkulator yang hebat untuk iPad, “hari itu mungkin akan tiba”, tambahnya.

Nampaknya segala penantian akan terjawab pada 11 Jun ini sewaktu acara #WWDC24 Saya ingin lihat, sejauh mana “hebat” Kalkulator tersebut hingga terpaksa menunggu lebih 14 tahun untuk dibangunkan.

Lagi artikel di ifon.my  Inti Pati Acara Apple "Let Loose"

Gambar : 9to5mac

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

TCL Melancarkan Produk Andalan Baharu

vivo Malaysia Melancarkan Warna Baharu Bagi Peranti Y100 5G