in

vivo Malaysia Melancarkan Warna Baharu Bagi Peranti Y100 5G

Hari berlangsung pelancaran warna baharu bagi vivo Y100 5G versi oren di drea’s Space, Petaling Jaya dan dihadiri wakil media, KOL serta Pempengaruh. Majlis yang diadakan secara sederhana ini padat dengan pelbagai aktiviti termasuklah mewarna, sesi fotografi, cabutan bertuah dan lain-lain.

vivo Y100 5G merupakan telefon pintar segmen sederhana (mid-range). Hadir dengan Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2, Ingatan Capaian Rawak (RAM) 8GB, storan dalaman 256GB, 120Hz Ultra Vision AMOLED, 5,000 mAh serta menyokong pengecasan kilat 80W.

Menarik pada Y100 5G, model ini menjanjikan kesihatan bateri sehingga empat tahun dan dijual pada harga RM1,199. Pihak kami berpeluang menguji peranti ini, sejujurnya bahan binaan sangat baik dengan prestasi yang memuaskan.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan vivo V30e 5G

Model ini menjanjikan kepuasan dari segi bateri dan mampu bertahan sehingga dua hari tertakluk kepada penggunaan seseorang individu. Saya boleh berikan pujian kepada material yang digunakan pada peranti ini yang nampak mewah walaupun harga jualan bawah RM1,200.

Model ini telah dijual secara rasmi di wakil pengedar sah vivo Malaysia serta boleh dibeli secara dalam talian di Shopee dan Lazada.

vivo Y100 5G turut menyokong IP54, Funtouch OS 14, sokongan 5G dan hadir dengan tiga pilihan warna oren, ungu kulit dan hitam kristal. Jangan lupa untuk singgah di wakil pengedar sah vivo Malaysia bermula hari ini untuk merasai Y100 5G warna oren yang ternyata akan menambat hati anda.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Malaysia Melancarkan vivo V30 dan vivo V30 Pro

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Aplikasi Kalkulator Akan Hadir Ke iPadOS 18

Orient Telecoms Melancarkan ORBIT 10000 Khusus Untuk Perusahaan