in , , ,

Inti Pati Acara Apple “Let Loose”

Apple bakal mengadakan Acara pada 7 Mei 2024, jam 10:00 malam (waktu Malaysia). Acara ini julung kali diadakan pada bulan Mei, malah waktu acara juga awal.

Ini bermakna, peminat Apple tidak perlu bersengkang mata untuk menonton acara kali ini. Jika anda ingin menonton Acara ini, boleh klik YouTube di bawah.

https://www.youtube.com/live/f1J38FlDKxo?si=_ok3fZogzKI3wbPr

Seperti biasa, saya akan rangkuman inti pati acara berdasarkan perspektif peribadi. Saya percaya ramalan saya mungkin kurang tepat, tapi cukup untuk memberi gambaran awal kepada semua.

Seperti biasa, Apple akan merasmikan acara dengan tayangan video. Tema bagi video mungkin berkait rapat dengan penggunaan iPad bagi pendidikan serta alam pekerjaan.

Seterusnya, Tim Cook bakal menjadi individu pertama memulakan acara.Tim Cook bakal menerangkan secara ringkas tentang sambutan Vision Pro dalam kalangan pengguna di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, Tim Cook turut mengemas kini status penerimaan iPhone 15 dalam kalangan pengguna.Terdapat kemungkinan Tim Cook bakal memperkenalkan warna baharu bagi iPhone 15.

Kendatipun begitu, firasat saya mengatakan tiada warna baharu untuk tahun ini.

Setelah itu, Laura Legros akan mengambil alih untuk membicarakan tentang iPad Air.

Lagi artikel di ifon.my  iPad Generasi Kelapan Telah Mendapat Kelulusan Jualan Di Malaysia

iPad Air (Gen-6) mungkin diperkasa dengan M3 dengan mengekalkan rekaan asal. Tambah menarik, iPad Air (Gen-6) akan hadir dengan dua saiz iaitu 10.9-inci dan 12.9-inci.

Kedua-dua model ini mungkin mengalami naik taraf kecil untuk spesifikasi.

iPad Air (Gen-6) 10.9-inci dijual pada harga RM2,899 manakala untuk saiz 12.9-inci dijual pada harga RM3,649.

Kemudian, Johny Srouji akan mengambil alih dengan memperkenalkan pemproses M4 yang memfokuskan kepada Kecerdasan Buatan (AI).

M4 memfokuskan kepada Enjin Neural yang dapat memproses AI lebih baik berbanding M3 disamping peningkatan CPU dan GPU dalam kadar sederhana.Saya menjangkakan peningkatan CPU cuma 15% berbanding M3, menakala GPU sekitar 25%.

M4 masih terbina dalam 3nm, menjadikan ketahanan bateri baik, namun tidak begitu ketara berbanding M3.

Kemudian, Raja Bose yang merupakan Pengurus Produk iPad akan memperkenalkan iPad Pro generasi baharu.

iPad Pro hadir dengan reka bentuk lebih nipis serta moden. Panel OLED juga mungkin digunakan menggantikan Mini-LED. iPad Pro ini bakal diperkasa dengan pemproses M4 dan menjadikan iPad pertama yang mesra AI.

iPad Pro juga bakal menyokong MagSafe serta Apple Pencil (Gen-3). Pembesar suara serta teknologi Wi-Fi akan dinaik taraf ke generasi baharu.Walaupun iPadOS 18 belum dilancarkan, pelancaran iPad Pro dengan M4 secara asas mempunyai kaitan dengan sokongan AI Generatif yang akan diperkenalkan pada Jun 2024.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Bakal Melancarkan iPad Pro, Macbook, AirPower,AirPods 2 Pada Acara Khas Malam Ini?

Tidak hairanlah iPad Pro sesuai untuk golongan kontemporari yang memfokuskan tugasan yang lebih kompleks.

iPad Pro hadir dengan dua saiz iaitu 11.1-inci dan 12.9-inci. Harga jualan bagi kedua-dua model ini bermula RM4,399 dan RM5,899.

Magic Keyboard dan Apple Pencil baharu juga akan diperkenalkan dengan sokongan Haptik pada Apple Pencil serta reka bentuk baharu bagi Magic Keyboard. Acara ini berlangsung sekitar 35 minit dan berakhir sekitar 10:35 malam waktu tempatan.

Tarikh jualan bagi kedua-dua produk mungkin bermula pada 14 Mei 2024 (waktu Malaysia) atau 13 Mei waktu AS.Namun bagi aksesori memungkinkan jualan dalam beberapa hari lagi.

Intihanya, acara kali ini benar-benar fokus kepada pelancaran iPad segmen andalan serta sederhana. Walakin begitu, iPad (Gen-11) serta iPad mini (Gen-7) memungkinkan dilancarkan pada September atau Oktober kelak.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

vivo Malaysia Melancarkan vivo V30e 5G

Haram Beli Waranti Tambahan Untuk Produk Apple?