Hari ini berlangsung pelancaran kad prabayar perniagaan Visa pertama di Malaysia oleh Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade). Pelancaran produk inovatif ini adalah untuk memudahkan pengurusan perbelanjaan bagi syarikat-syarikat dari pelbagai industri dan saiz, sama ada Korporat, Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS).
Acara yang berlangsung di Glass Space, Level 2, Menara KEN TTDI dihadiri oleh Ramasamy K Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade. Merchantrade Money Biz menggabungkan 3 kaedah inovatif – Kad Prabayar Perniagaan Visa (dengan had RM50,000 dan pengeluaran kad tanpa had bagi setiap syarikat) yang dipautkan dengan eDompet pelbagai mata wang, dan portal pengurusan perbelanjaan dengan fungsi yang direka untuk perniagaan moden.
Menurut Ramasamy K Veeran, “Merchantrade Money Biz bersedia menandingi kad kredit korporat tradisional yang dikeluarkan oleh bank. Kad kredit korporat biasanya hanya untuk eksekutif atasan; kini, dengan Merchantrade Money Biz, ia memberi kelebihan kepada pekerja di semua peringkat dengan kad prabayar korporat sambil menyediakan kemudahan untuk majikan mengawal dan mengurus kewangan dengan tepat dan betul. Kami mempercayai bahawa kad prabayar korporat ini adalah satu inovasi yang telah mengubah cara syarikat dalam mengurus perbelanjaan mereka dan menjadi satu alternatif yang terbaik bagi mereka yang tidak dapat memperoleh kad kredit korporat dengan bebas risiko pembelanjaan berlebihan dan bebas faedah.”
Dikuasakan oleh Visa, kad prabayar perniagaan ini boleh digunakan oleh pekerja untuk membuat pembayaran di seluruh dunia, sama ada dalam talian atau runcit untuk perbelanjaan syarikat. Ia juga dipadankan dengan eDompet pelbagai mata wang yang membolehkan pengguna menukar mata wang sehingga 20 mata wang asing dengan kadar tetap untuk pembayaran antarabangsa. Portal pengurusan perbelanjaan pula bukan sahaja secara automatik dan mendigitalkan proses perniagaan, tetapi juga memberikan 100% ketelusan pada semua transaksi dan termasuk kawalan yang mantap.
Sewaktu sesi soal jawab bersama pihak media, kami telah menggariskan beberapa info penting serta menarik termasuklah kemudahan tambah nilai yang boleh dibuat oleh staf mahupun Pentadbir. Walau bagaimanapun, sesebuah organisasi masih terikat dengan kelulusan yang akan ditetapkan mengikut had keperluan serta peranan.
Staf yang menggunakan kad prabayar perniagaan Visa ini boleh memuat turun aplikasi eDompet untuk melaksanakan pelbagai urusan termasuk memuat naik resit sebagai bukti pembayaran serta tuntutan, tambah nilai dan sebagainya. Memandangkan produk ini memfokuskan segmen perniagaan, terdapat sedikit perbezaan dengan produk yang ditawarkan sebelum ini termasuklah kad prabayar Visa EnrichMoney yang tertumpu kepada pengguna awam.
Menariknya produk ini, Pentadbir boleh mengehadkan jenis pembayaran yang boleh dibuat contohnya kad prabayar perniagaan Visa hanya boleh membuat pembelian petrol, runcit serta makanan sahaja dan tidak boleh membuat pembelian selain itu. Melalui mekanisme ini, Pentadbir dapat meminimunkan salah guna
Menariknya produk ini, Pentadbir boleh mengehadkan jenis pembayaran yang boleh dibuat contohnya kad prabayar perniagaan Visa hanya boleh membuat pembelian petrol, runcit serta makanan sahaja dan tidak boleh membuat pembelian selain itu. Melalui mekanisme ini, Pentadbir dapat meminimumkan salah guna kad prabayar perniagaan Visa yang diberikan kepada staf.
Menurut Ramasamy K Veeran lagi, beliau menyasarkan sebanyak 5% dalam Perniagaan Kecil dan Sederhana. Pada pandangan kami, strategi melancarkan kad prabayar perniagaan Visa merupakan satu langkah yang strategik memandangkan Malaysia antara negara yang menumpukan kepada pembayaran tanpa tunai.
Lebih daripada 80 syarikat telah mendaftar semasa fasa percubaan, menunjukkan permintaan yang tinggi dan penerimaan positif terhadap produk baru ini. Ini menekankan komitmen Merchantrade untuk menyediakan penyelesaian kewangan digital yang inklusif dan efektif dalam memenuhi keperluan syarikat yang berkembang pesat di Malaysia.
Dengan kaedah, fungsi, dan kerjasama baru yang sedang dibangunkan, Merchantrade yakin bahawa penyelesaian ini akan mengubah cara syarikat beroperasi. Visi Merchantrade juga selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan syarikat mendigitalkan operasi mereka dan menerima gaya baharu dalam usaha membina ekonomi yang lebih tanpa tunai.