in , ,

Kenalan Legasi: Perkongsian Maklumat Peribadi Setelah Meninggal Dunia

Sebelum ini Apple telah melancarkan satu fungsi pada iOS 15 iaitu Kenalan Legasi. Fungsi ini membolehkan kenalan anda mengakses dan memuat turun maklumat peribadi dalam iCloud setelah anda meninggal dunia.

Tatacara pendaftaran Kenalan Legasi

Seting – Profil – Kata Laluan & Keselamatan – Kenalan Legasi – Tambah Kenalan Legasi

Setelah anda memasukkan Kenalan Legasi, bermakna kenalan anda boleh mengakses keseluruhan data yang terkandung dalam iCloud. Walakin begitu, kenalan tidak boleh mengakses maklumat peribadi ketika anda masih hidup. Kenalan anda wajib memberikan kunci akses dan Sijil Kematian untuk mengakses akaun tersebut.

Seting – Profil – Kata Laluan & Keselamatan – Kenalan Legasi – Tambah Kenalan Legasi

Anda boleh berikan akses ini kepada sesiapa sahaja sama ada ibu bapa, adik beradik atau sahabat karib. Secara peribadi, fungsi ini penting untuk memastikan orang tersayang mengakses maklumat sulit anda. Ini termasuklah butiran perbankan, hutang, gambar, kata laluan dan sebagainya.

Kendatipun begitu, terdapat segelintir pihak menganggap data tersebut tidak sepatutnya dikongsi dan harus bersemadi bersama-sama. Secara peribadi, kita mungkin boleh membuat tetapan Kenalan Legasi pada iPhone ibu bapa kita.

Lagi artikel di ifon.my  Biru Pasifik Warna Paling Diminati Peminat Apple

Konklusinya, Kenalan Legasi mempunyai baik dan buruknya memandangkan data peribadi bersifat sulit. Terpulang kepada kita sama ada mahu berkongsi data tersebut setelah meninggal dunia atau sebaliknya. Anda semua boleh menggunakan Kenalan Legasi setelah pelancaran iOS 15 yang dijangka dilancarkan pada September ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Berselindung Disebalik Keberanian?

Inkarnasi Sebuah Telefon