in ,

Ulasan Set Kepala Realiti Campuran Daripada PICO 4 Ultra

Dunia realiti campuran boleh dikatakan masih baharu dan rata-rata dalam kalangan kita tidak mengenali atau merasai sendiri keistimewaan yang terdapat dalam realiti campuran. Realiti Campuran merupakan gabungan antara realiti maya (VR) dan terimbuh (AR) menjadikan pengalaman lebih intuitif serta imersif.

Saya serta kru telah mencuba set kepala PICO 4 Ultra selama lebih dua minggu dan ternyata produk ini mengubah segala tanggapan terhadap realiti campuran (MR).

Saya pada awalnya agak skeptikal untuk mencuba set kepala ini. Saya masih ragu-ragu akan keupayaan set kepala ini menzahirkan dunia realiti campuran serta paling utama sokongan aplikasi ketiga.

Segala persoalan yang terbuku di hati telah terjawab dan boleh dikatakan PICO 4 Ultra berjaya mengubah segala tanggapan terhadap dunia MR. Sebelum ini saya ada mencuba sebuah set kepala pengkomputeran reruang yang mempunyai tanda harga belasan ribu ringgit.

Jika saya bandingkan dengan PICO 4 Ultra, boleh dikatakan pengalaman menggunakan set kepala hampir sama.

PICO 4 Ultra dijual pada harga RM2,799 sahaja dan kita boleh gunakan pelbagai fitur menarik yang terdapat pada PICO OS antaranya permainan, Pencerminan skrin, kecergasan, hiburan dan lain-lain.

PICO 4 Ultra berjaya mengubah segala tanggapan saya. Anda boleh lihat ulasan tentang PICO 4 Ultra di saluran YouTube saya.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

10 Petua Membeli dan Menggunakan iPhone Kali Pertama

iPhone 16 Pro Titanium Padang Pasir Paling Popular