in

iOS 14.2 Dilancarkan Secara Rasmi.

Hari ini Apple telah melepaskan iOS 14.2 kepada semua pengguna iPhone yang menyokong iOS 14. Kemas kini ini hadir dengan pelbagai perkara baharu antaranya:
1- 8 hias latar (wallpaper)
2- Emoji
3- Antara muka skrin kunci (sedang dimainkan)
4- Sokongan Shazam pada Pusat Kawalan
5- Ikon Apple Watch
6- Lain-lain

Kemas kini boleh dilakukan secara Wi-Fi (OTA) atau iTunes. Namun saya menggalakkan anda untuk kemas kini melalui iTunes memandangkan ia melibatkan kemas kini yang agak besar. Namun tiada masalah untuk anda kemas kini menggunakan OTA.

Ingin saya tegaskan di sini, sila elak kemas kini menggunakan hotspot dan pastikan Wi-Fi anda stabil bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses kemas kini. Sekiranya anda pernah menghantar iPhone ke kedai biasa untuk dibaiki.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Kemas Kini iOS Secara Wi-Fi Selamat?

Saya menasihatkan agar berhati-hati kerana iOS baharu sangat sensitif pada alat ganti tiruan terutama skrin, bateri dan lain-lain. Jika anda kemas kini menggunakan OTA, iPhone anda akan menggunakan prosesor dan RAM semaksimum mungkin.

Akibatnya iPhone memerlukan kuasa yang tinggi dan menyebabkan bateri kehabisan dengan cepat. Kesan daripada kemas kini juga turut mengakibatkan iPhone anda sedikit panas dan merupakan satu perkara yang normal bagi sebarang proses kemas kini.

Sila guna dalam tempoh 72 jam dan barulah anda membuat konklusi berhubung jangka hayat bateri sama ada semakin baik atau sebaliknya. Beri masa iOS dan iPhone anda mengenali antara satu sama lain.

Kemas kini terbaharu ini juga mungkin mengakibatkan peratus kesihatan bateri anda menurun atau meningkat. Ini kerana iOS akan menentukur kembali bateri anda sama ada baik atau sebaliknya.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 BETA 7 Telah Sedia Untuk Dikemaskini

Saya galakkan anda untuk kemas kini mulai sekarang. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan iOS 14.2 selepas tempoh 72 jam. Anda masih mempunyai peluang untuk turun taraf ke iOS 14.1.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pra-tempah iPhone 12 Bermula Hari ini

Adakah Storan 64GB Masih Relevan?