in ,

vivo V40 Lite Dilancarkan Secara Rasmi di Pasaran Tempatan

Hari ini berlansung peluncuran vivo V40 Lite di ROM 8 Studio oleh vivo Malaysia. vivo V40 Lite membawakan telefon pintar kelas permulaan dengan harga murah hatta menjanjikan penggunaan bertahan selama 4 tahun.

Chill Lahhhhh” merupakan slogan bagi peranti ini, yang memberi lebih keistimewaan kepada pemakai, rasai dahulu barulah dapat serlahkan keistimewaan yang ada, tak perlu tertekan menggunakan telefon pintar ini. vivo V40 Lite membawakan 4 tahun kesihatan bateri serta pengalaman lancar yang pasti memenuhi segala keperluan bagi sebuah telefon pintar untuk jangka masa panjang.

vivo V40 Lite dijana dengan Snapdragon 4 Gen 2, Ingatan Capaian Rawak 12 GB, storan dalaman bermula 256GB yang boleh ditambah sehingga 2TB melalui slot memori tambahan. Model ini hadir dengan kapasiti bateri 5,500 mAh dengan sokongan pengecasan kilat 80W yang mampu mengecas 0% hingga 80% dalam tempoh 30 minit sahaja. Kemera utama didatangkan dengan 8MP Ultra-lebar, 50MP lensa utama serta Cahaya Aura AI, swafoto pula hadir dengan 32MP Potret dengan penarafan IP64 tahan habuk dan air.

Lagi artikel di ifon.my  vivo siri V40 Mencipta Imej Potret Bertaraf Profesional Sempena Nights Of Fright 10

Menurut Rodge Lai yang merupakan Pakar Jenama (Brand Specialist), vivo V40 Lite telah menjalin kerjasama dengan jenama Elle Active yang merupakan sebuah sub-jenama dari Elle memfokuskan pada gaya hidup aktif dan bersukan.

Daiyan Trisha hadir sebagai Duta Produk melahirkan rasa sangat bahagia saat menggunakan vivo V40 Lite tanpa sebarang masalah dan paling penting ketahan bateri sehingga 4 tahun dengan pengecasan kilat telah memudahkan urusan saya, ujarnya.

Chasie yang merupakan Pakar Produk (Product Specialist) menjelaskan vivo V40 Lite hadir dengan warma Titanium Perak serta Dreamy White dan Dynamic Black. vivo V40 Lite mempunyai berat 188gram serta ketebalan 7.79mm . Menariknya, jika bateri vivo V40 Lite anda turun 80% kurang 4 tahun, anda boleh hantar ke Pusat Servis untuk tuntutan waranti, tertakluk kepada terma dan syarat.

Lagi artikel di ifon.my  Peluncuran siri iQOO Z9 5G warna Titanium oleh vivo Malaysia

vivo V40 Lite turut menyokong kadar segar semula 120Hz dengan dwi Pembesar Suara Stereo dengan kelantangan sehingga 300%. vivo v40 Lite 12GB + 256GB dijual pada harga RM1,299 dan 12GB + 512GB, RM1,499 dan boleh dibeli bermula hari ini.

Jika anda berminat boleh pra-pesanan di beberapa rakan niaga seperti Urban Republic, Harvey Normal serta rakan telekomunikasi seperti U Mobile, Maxis dan lain-lain. Selain itu, anda boleh buat secara dalam talian seperti di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Pra-pesanan ini membolehkan memperoleh 4 tahun waranti bateri, pelindung skrin, baucar RM40, satu tahun vivo care+ , fon putik dan bank kuasa. Apa tunggu lagi, buat pra-pesanan sebelum 25 Oktober untuk mendapatkan hadiah yang bernilai lebih RM995.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

vivo V40 Lite Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Oktober Ini.