Hari ini berlangsung Anker Power On Conference Malaysia 2024 bertempat di GeTai, A Quiet Place, Bukit Bintang.
Acara ini tertumpu kepada pelancaran lima produk termasuk Anker MagGo Powerbank (Qi 2), Anker Zolo Wireless Powerbank dan Anker Zolo Powerbank yang merupakan bank kuasa.
Manakala Liberty 4 Pro dan The Select 4 Go yang merupakan fon putik dengan pembatalan hingar aktif dan pembesar suara tahan lasak.
Anker MagGo Powerbank (Qi 2) menawarkan 10,000 mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi 2 untuk iPhone 12 ke atas termasuk iPhone 16 terkini.
Bank kuasa ini didukung 15W untuk model iPhone dan 30W bagi peranti lain. Selain itu, dari aspek keselamatan ia mempunyai kawalan suhu supaya tidak mencecah 40 darjah Celsius.
Didatangkan dengan warna Hitam, Putih, Merah Jambu, dan Hijau dan dijual pada harga RM369 bermula 1 Disember ini. Anker Zolo Wireless Powerbank pula didatangkan dengan 10,000 mAh dengan pengecasan tanpa wayar 15W MagGo.
Bank kuasa ini turut terbina USB-C yang menyokong sehingga 30W PD. Hadir dengan warna Putih dan Hitam, produk ini dijual pada harga RM169 bermula 1 Disember ini. Anker Zolo Powerbank merupakan bank kuasa yang hadir dengan dua kapasiti iaitu 10,000 mAh dan 20,000 mAh dan menawarkan pengecasan pantas 30W dengan kabel USB-C terbina.
Produk ini hadir dengan Hitam, Putih, Merah Jambu dan Biru dan dijual pada harga RM149 dan RM189 bagi 20,000 mAh.
Selain bank kuasa ia turut melancarkan Liberty 4 Pro yang merupakan fon putik (earbud) memfokuskan kepada pembatalan hingar aktif (ANC), dan menjanjikan empat jam ketahanan dengan hanya lima minit cas.
Kru saya telah menguji Liberty 4 Pro, ternyata kualiti ANC begitu mengagumkan sampai saat berbicara tidak mendengar sebarang bunyi. Liberty 4 Pro dijual pada harga RM699 bermula 1 Disember ini.
Kami telah bertanya beberapa soalan kepada Mr. Lee Chee Wai yang merupakan Pengurus Pemasaran Anker Innovation Malaysia. Antaranya pandangan berhubung pasaran aksesori di Malaysia.
Menurutnya, pasaran aksesori di pasaran tempatan sangat kompleks dan memerlukan satu jenama yang memfokuskan kepada pengeluaran aksesori bertaraf premium serta menjamin keselamatan pengguna.
Selain itu, segelintir pengguna hanya memandangkan sebelah tangan akan kehadiran aksesori terutama bank kuasa. Kontradiksi dengan Anker yang memandang bank kuasa sebuah produk utama dengan memfokuskan kepada kualiti dan keselamatan kepada pengguna.
Lee juga turut memaklumkan bahawa Anker merupakan pemain utama di Malaysia bagi aksesori premium bagi peranti pintar dalam tempoh satu tahun kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pasaran aksesori di Malaysia begitu kompleks untuk dijelaskan memandangkan masing-masing mempunyai kategori tersendiri.