in , ,

Apple Menjelaskan Mengapa Butang Kuasa Diletakkan di Bawah

Mac mini (M4) telah dilancarkan secara rasmi dengan reka bentuk lebih segar dan kecil. Menggunakan DNA daripada Mac Studio, ternyata Mac mini model paling ideal untuk dibeli bagi pemula.

Mac mini menggunakan konsep BYODKM yang memerlukan kita membeli monitor, papan kekunci dan tetikus secara berasingan.Jika anda teringin mencuba sistem operasi macOS, produk ini sesuai untuk dimiliki atas faktor harga yang berpatutan.

Mac mini (M4) saya anggap produk Apple terbaik tahun ini.Kendatipun begitu, terdapat keluhan daripada warga maya berhubung butang kuasa yang diletakkan di bawah, sekali gus menyukarkan kita menghidupkan Mac mini.

Alasan mengapa Apple meletakkan butang kuasa di bawah telah dijawab oleh John Ternus dan Greg Joswiak dalam satu temu bual.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dihentikan Jualan

Menurut mereka, reka bentuk yang kecil telah memaksa butang kuasa diletakkan di bawah. Malah butang kuasa hakikatnya tidak digunakan secara kerap.

Tambahannya lagi, tidak semua mematikan Mac mini dan lebih membiarkan dalam mod tidur (sleep).

Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan ” The most important thing is you pretty much never use the power button on your Mac.

I don’t even remember the last time I turned on a Mac”Secara peribadi, saya lebih menganggap butang kuasa diletakkan di bawah disebabkan oleh reka bentuk yang kecil.

Namun, saya kurang setuju pandangan mereka bahawa kita tidak perlu memastikan Mac mini.

Tidak dinafikan kuasa yang digunakan sewaktu masa melahu (idle time) hanya 4W sahaja, namun masih dianggap membazir tanpa mematikan.

Lagi artikel di ifon.my  Jony Ive Kembali Menghidupkan Era Keagungan Apple.

Malah TNB sendiri menasihatkan kita supaya mencabut alat suai kuasa sebagai langkah penjimatan.Saya hanya membiarkan iMac, Mac mini mahupun MacBook Pro dalam mod tidur dalam tempoh singkat sahaja.

MacBook Pro sebagai contoh, saya akan matikan sebaik masuk ke dalam beg. Ini mengelakkan isu yang tidak dapat dielakkan.

Tiada fakta mengatakan membiarkan Mac dalam mod tidur memudaratkan. Ini sekadar langkah penjimatan dan keselamatan semata-mata.

Adakah anda membiarkan Mac dalam mod tidur? Atau terus matikan sesudah menggunakannya?

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Anker Melancarkan Produk Terbaharu

TGV Memperkenalkan INDULGE Coway BEREX