Filem susulan daripada Gladiator (2000), membawa kita kepada penceritaan lebih kompleks serta mendalam selepas kematian yang tragis menimpa Maximus.
Semua bermula beberapa tahun selepas itu di mana kerajaan Rom semakin terpesong dan porak peranda. Maharaja yang dilihat pentingkan diri membuatkan kerajaan penuh dengan konflik mendalam.
Tumpuan utama filem ini adalah kepada Lucius yang merupakan putra dari Luccilla serta pewaris kerajaan Rom. Lucius yang kematian isterinya akibat peperangan merebut wilayah telah dihantar Numibia untuk dijadikan sebagai tawanan perang.
Lucius telah mengubah namanya sebagai Hanno, cuba untuk menuntut bela atas kematian isterinya.Kekuatan dan kehebatan Hanno dalam berperang telah menarik minat Macrinus untuk mengajaknya masuk ke gelanggang perlawanan.
Hanno yang berdendam dengan panglima Rom iaitu Acacius telah menerima perlawanan Macrinus.Sebagai balasan Macrinus perlu membawa berjumpa dengan Acacius untuk memenggal kepala.
Apa kesudahan filem ini, sudah semestinya anda perlu menontonnya.
Sejujurnya filem ini mempunyai nilai produksi tinggi dengan kesan CGI yang mengagumkan.
Kesan bunyi serta sinematografi tidak perlu diperkatakan, kerana apa yang pasti ia sebuah filem pertarungan epik tahun ini.
Walau bagaimanapun, plot penceritaan bagi saya tidak sehebat Gladiator (2000), namun secara keseluruhan boleh dianggap memuaskan.
Lakonan Pedro Pascal kurang menyerlahkan dan tumpuan kepada watak Lucius (Paul Mescal) serta Macrinus (Denzel Washington). Terdapat satu babak pertarungan kapal yang berlangsung dalam gelanggang kurang berkualiti dari segi CGI terutama pokok.
Kendatipun begitu, CGI yang lain bagi saya sangat mantap dan berkesan. Filem ini mempunyai kekuatan tersendiri dengan membawa kita ke era Rom yang sangat dramatik.
Saya menggalakkan anda rasai pengalaman menonton di IMAX atau sekurang-kurangnya panggung BIX untuk memperoleh tontonan yang imersif.
Gladiator II mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 14 November ini.
Jutaan terima kasih kepada UIP Malaysia dan TGV atas penajaan tiket bagi menonton Tayangan Perdana ini.
Skala: 8/10