Fungsi alat bantu pendengaran yang diperkenalkan pada AirPods Pro 2 telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia.
Berdasarkan semakan saya, dua kelulusan telah dikeluarkan di bawah Nyprax Business Solutions.

Nyprax Business Solutions sebelum ini turut didaftarkan bagi kelulusan fungsi ECG pada Apple Watch di Malaysia.



Saya percaya, data yang saya peroleh ini jelas menunjukkan fungsi alat bantu pendengaran bagi AirPods Pro 2 bakal diperkenalkan untuk pasaran tempatan.
Tidak dipastikan bila fungsi ini akan diperkenalkan.Namun saya menjangkakan seawal minggu pertama bulan Disember sebaik iOS 18.2 dilancarkan.