in ,

This Land of Mine : Misteri Pulau Raksasa?

This Land of Mine mengisahkan dua anggota sukarelawan (Elizabeth Liew, Radhi), seorang Pempengaruh (Amir Adam) dan Ronni yang merupakan penduduk asal dalam tugasan kemanusiaan secara tidak sengaja bot mereka tersesat dan terpaksa berhenti di kawasan terpencil untuk berehat.

Sewaktu merayau sekitar kawasan, Elizabeth terjumpa satu jurnal yang menceritakan segala tentang pulau tersebut termasuk satu pokok herba eksotik yang merupakan penawar kepada segala penyakit.

Pada awalnya, niat mereka hanya untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan. Malangnya sebaik bangun tidur, mereka dapati bot telah rosak. Disebabkan tiada pilihan lain, Mereka terpaksa mengikut rancangan Elizabeth untuk mencari bot yang ditinggalkan oleh penulis Jurnal tersebut.

Jurnal terbabit juga tercatat peta kawasan terbabit serta lokasi bot tersebut berada. Sepanjang perjalanan mengharungi hutan belantara, mereka secara tiba-tiba telah diserang oleh seekor raksasa purba.

Bukan itu sahaja, mereka turut berdepan dengan puak Kanibal yang menunggu untuk menjamah daging mereka.

Apakah sebenarnya yang ditulis dalam jurnal tersebut dan apa raksasa purba tersebut. Seperti biasa, anda perlu menontonnya.

Secara peribadi, filem ini mempunyai jalan penceritaan yang segar dan berlainan dengan filem tempatan lain.

This Land of Mine telan menjalani penggambaran di Hutan Temenggor (Royal Belum Rainforest) selama 3 minggu sekitar tahun tahun 2021, setelah tiga tahun, akhirnya filem ini ditayang di layar perak.

Lagi artikel di ifon.my  Bolehkah Sekali Saja Kumenangis Penuh Emosi

Terkandung Imej Janaan Komputer (CGI) pada filem ini yang merangkumi raksasa purba serta olahan kepada suasana dalam hutan terbabit.

Walaupun empat pelakon memainkan peranan utama, Pengarah berjaya membuatkan penonton tidak bosan saat menontonnya.

Saya boleh berikan pujian kepada Sadiq M Jamil yang memainkan peranan sebagai puak Kanibal yang berjaya memainkan peranan tersebut.

Plot penceritaan bagi saya tidak begitu kompleks dan mudah untuk difahami. Disebalik kelebihan pasti ada kekurangan.

Bagi saya raksasa purba tidak perlu untuk diketengahkan dan cukup sekadar puak kanibal yang saya lihat lebih realistik.

Walakin begitu, kewujudan herba ‘Sang Raja’ mungkin faktor penyebab mengapa raksasa terbabit belum pupus.

Menurut Sutradara Feisal Azizuddin, kewujudan raksasa terbabit diilhamkan daripada penemuan rangka di beberapa kawasan terutama Gua Musang yang menzahirkan akan wujudnya raksasa di tanah air kita.

Penggunaan CGI pada raksasa purba membuatkan filem tersebut tidak nampak nyata. Walakin begitu, babak raksasa yang tidak begitu menonjol, telah mengelakkan saya terlalu “menghukum” akan kualiti raksasa tersebut.

This Land of Mine dilakonkan oleh Musyi Mokhtar, Shafizy Selamat, Firdaus Sufiyan, Raff Roslee, Hazi Juzaili, Sadiq M. Jamil, Syazani Zikry dan ramai lagi.

Lagi artikel di ifon.my  Gladiator II : Pertarungan Penuh Epik

This Land of Mine mempunyai gabungan teknik penceritaan konvensional dan “found-footage”, membawa penonton ke satu penceritaan yang lebih menarik.

Satu berita yang membanggakan rakyat Malaysia, This Land of Mine telah menjalani tayangan perdana dunia di Festival Filem Fantasi Asia Ngilngig ke-9 (NAFFF) pada 29 Oktober.

NAFFF merupakan festival genre terkemuka yang menampilkan filem-filem oleh pembikin filem baru dan berpengalaman di rantau ini.

Jika anda menantikan karya Sutradara Feisal Azizuddin, saya galakkan anda untuk menonton This Land of Mine yang ditayangkan bermula 14 November ini di pawagam berhampiran dengan anda.

Sila semak laman sosial Feisk Productions untuk mengetahui lokasi tayangan filem ini.

Bagi saya secara keseluruhan, filem ini mempunyai penceritaan yang segar berbanding yang lain. Bajet yang rendah serta tidak bergantung kepada dana daripada FINAS mungkin faktor penyebab mengapa terdapat beberapa kelemahan yang saya nyatakan tadi.

Embuh-embuhan begitu, secara dasarnya This Land of Mine telah mempelbagaikan gendre perfileman tahun ini. Walaupun tajuk dalam bahasa Inggeris, filem ini menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Sokonglah filem tempatan

Skala: 6.2/10

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Gladiator II : Pertarungan Penuh Epik

Alat Bantu Pendengaran AirPods Pro 2 Sudah Diluluskan?