in ,

Pra Tempah Pixel 3 Bermula RM3,321.00

Hari ini Google mula membuka pra tempah bagi Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL dengan harga bermula USD799.00 dan USD899.00.

image

Umum mengetahui bahawa Pixel 3 tidak dijual di Malaysia, saya mengakui bahawa ramai dikalangan pengguna di Malaysia berhasrat untuk membeli telefon pintar keluaran Google ini bukan?

Disini saya ingin kongsikan sedikit kaedah bagaimana anda boleh membeli Pixel 3 .Anda boleh membuat pra tempah di laman sesawang Goole dengan menekan pautan Google Shop

Walau bagaimanapun, mereka meminta anda memasukkan alamat kediaman di US bukan? Disini saya kongsi bagaimana anda ingin membeli Pixel 3 tanpa memerlukan anda mencari rakan yang menetap di US.

Sebelum ini juga saya pernah nyatakan dalam penulisan berkaitan perkhidmatan ezipost dari Pos Malaysia. Ini merupakan kesinambungan dari penulisan yang lepas.

Pertama sekali anda perlu mendaftar akaun Ezipost dengan melayari laman sesawang Ezipost kemudian anda akan diberikan satu alamat di Amerika Syarikat.

Lagi artikel di ifon.my  Google Pixel 3 XL Mula Dijual Di Hong Kong

Proses ini sangat mudah dimana anda hanya perlu mendaftar secara percuma dan pihak ezipost akan memberikan anda satu alamat di US untuk membolehkan barang yang dibeli dihantar pada alamat berkenaan.

Contoh alamat seperti di bawah:

Screenshot_20180914-164951

Semasa proses penghantaran, anda wajib menggunakan alamat ini dan Pixel 3 anda akan dihantar ke alamat seperti yang dinyatakan dalam akaun anda.

Sebaik sahaja pembelian berjaya, pihak Google akan menghantar Pixel 3 tersebut ke alamat yang didaftarkan. Anda akan menerima notifikasi melalui e-mel yang memaklumkan bahawa Pixel 3 anda telah sampai disana.

Pihak Ezipost akan mengeluarkan satu dokumen secara atas talian bagi membolehkan anda membuat pengisytiharan barangan yang anda beli.

Kos penghantaran adalah seperti berikut

Screenshot_20180914-165627

Setelah anda membuat pengisytiharan barangan,pihak Ezipost akan mengeluarkan invois untuk anda menjelaskan bayaran pengeposan.

Sebaik anda membuat pembayaran, pihak Ezipost akan menghantar barangan tersebut ke alamat anda di Malaysia. Tempoh penghantaran kebiasaannya memakan masa satu hingga dua minggu.

Lagi artikel di ifon.my  Gambar serta Spesifikasi Google Pixel 3 Tertiris

Berhubung Value-Added-Tax(VAT) saya tidak dapat memberikan penjelasan terperinci memandangkan saya tidak pernah membayar sebarang kos tambahan sebaik barangan tersebut sampai ke Malaysia.

Screenshot_20181010-011158

Sekiranya anda membeli hari ini, kadar tukaran wang adakah sekitar 1USD – RM4.1575.00 jika dirujuk pada kadar tukaran yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Oleh yang demikian harga bagi Pixel 3 64GB dan 128GB masing-masing berharga sekitar ~RM3,321.00 dan ~RM3,737.00.

Manakala bagi Pixel 3 XL harga jualan bermula pada tanda harga sekitar ~RM3,737.00 bagi storan 64GB dan RM4,153.00 bagi storan 128GB.

Harga yang dinyatakan ni tidak termasuk kos penghantaran dan cukai ke Malaysia.

Dari segi risiko pula, saya tidak boleh meletakkan 100% kepercayaan terhadap Ezipost. Namun, perkhidmatan ini disediakan oleh Pos Malaysia. Bermakna anda boleh membuat aduan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

SELAMAT MEMBELI DAN MEMBELAH

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pixel 3 dan 3 XL dilancarkan

iOS 12.1 BETA 3 Sedia Untuk Dikemaskini