in , ,

iPhone XS Max dan iPhone 6 Plus Diisytiharkan Sebagai Vintaj

iPhone 6S Plus dan iPhone XS Max merupakan model paling lama menyokong kemas kini iOS iaitu enam tahun.

Walaupun iPhone XS Max belum dipastikan sama ada menyokong iOS 19 atau sebaliknya. Saya berpandangan, enam tahun adalah tempoh maksimum bagi sebuah iPhone.

Keistimewaan yang terdapat pada kedua-dua model ini adalah sokongan Sentuhan 3D. Sentuhan 3D diperkenalkan sewaktu iPhone 6S Plus dilancarkan dan berakhir pada iPhone XS. Teknologi ini dapat mengenalpasti tekanan yang dilakukan pada jari sebaik menekan skrin.

Sebaik ditekan, tindak balas atau getaran Haptik akan diaktifkan memberikan pengalaman menarik sewaktu menekan skrin.

Sebaik ditekan, iOS akan mengenalpasti tahap tekanan dan memaparkan tindak balas seperti “peek” dan “pop”.

Kedua-dua model ini dilihat mempunyai banyak persamaan dari segi genetik walaupun iPhone XS Max merupakan inovasi baharu dalam dunia pembuatan telefon pintar daripada Apple.

iPhone XS Max merupakan model terakhir menggunakan versi “S” yang membawa erti kepantasan ‘Speed’.

Apple tidak lagi menggunakan versi “S” selepas dari itu. Model pertama menggunakan versi “S” adalah iPhone 3GS.Secara peribadi, iPhone XS Max antara model kurang bermasalah dari sebarang kebejatan.

Sepanjang saya mengendalikan media sosial, aduan berhubung isu yang berlaku kepada model ini cukup rendah.Kendatipun begitu, terdapat masalah bagi iPhone 6S Plus yang dihasilkan pada bulan Oktober 2018 hingga Ogos 2019 yang menyebabkan iPhone gagal untuk dihidupkan.

Natijahnya, Apple telah menawarkan perkhidmatan baik pulih secara percuma pada ketika itu.Saya mengangkat kisah iPhone 6S Plus dan iPhone XS Max disebabkan kedua-dua model ini telah diisytiharkan sebagai vintaj.

Apple klasifikasi produk vintaj sebaik produk tersebut dihentikan jualan lebih dari lima tahun dan kurang dari tujuh tahun.Walaupun kedua-dua model ini dikelaskan sebagai vintaj.

Saya yakin masih ramai menggunakan model ini disebabkan prestasi yang baik dan tidak mewajibkan mereka beralih ke model terkini.Sokongan iOS bagi iPhone 6S Plus telah berakhir pada iOS 15. Kontradiksi dengan iPhone XS Max yang menyokong iOS 18 dan memungkinkan kemas kini terakhir bagi model tersebut.

Walaupun kedua-dua model ini tidak akan menyokong iOS terkini, mereka masih boleh menggunakannya.Kebiasaannya sesebuah iPhone tidak lagi “bermakna” sebaik aplikasi ketiga menghentikan sokongan bagi iOS tersebut.

Selain iPhone 6S Plus dan iPhone XS Max. Model yang tersenarai dalam produk vintaj termasuk iPhone X, iPhone 8, iPhone SE, iPhone 5 dan lain-lain.Tidak perlu bermuram durja hanya kerana model ini tersenarai dalam produk vintaj.

Selagi segala zat-zat yang terdapat pada produk tersebut masih berguna, maka gunakan sebaik-baiknya.Anggaplah iPhone XS Max dan iPhone 6 Plus seindah bianglala, kerana yang cantik itu datang dari atma yang ikhlas. Jangan kerana ‘vintaj’ itu hati jadi pawaka, nanti kelak jadi petaka.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Project ; Exit Mengangkat Isu Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar

iPhone 17 Air Hadir Tahun Hadapan?