in , ,

iPhone 17 Air Hadir Tahun Hadapan?

Saya percaya “iPhone 17 Air” bakal menjadi pengganti versi “Plus”.

Model ini bukan dalam segmen andalan dan terarah kepada sederhana premium (mid-range premium).Tidak mustahil Apple akan menggunapakai nama “Air” bagi memenuhi standard penjenamaan.

Setakat ini iPad dan MacBook telah implementasi nama “Air”. Saya yakin “Air” bakal menjadi penanda aras baharu bagi iPhone.Terdapat sumber menjelaskan kenipisan iPhone 17 Air adalah sekitar 6mm yakni lebih nipis berbanding iPhone 6.

iPhone 6 dinobatkan sebagai iPhone paling nipis pada waktu ini iaitu 6.9mm.Walaupun iPhone 6 dianggap paling nipis, model ini menerima reaksi negatif disebabkan mudah bengkok.

Sewaktu awal penjualan, iPhone 6 telah menerima sejumlah aduan berkait kualiti yang mudah bengkok.Isu bengkok bukan sahaja melibatkan iPhone 6, malah iPad Pro juga turut menerima tempias sehingga Apple terpaksa mengeluarkan kenyataan.

Malangnya kenyataan yang diberikan telah membuatkan ramai tidak berpuas hati dek kerana tidak mahu bertanggungjawab.

Kehadiran iPhone 17 Air kelak mungkin tidak akan mengikut jejak iPhone 6 mahupun iPad Pro terdahulu memandangkan Apple telah menambah baik kualiti pada model iPad Pro (M4).

Lagi artikel di ifon.my  Tim Cook Menyalahkan Program Penggantian Bateri Penyebab Kemerosotan Jualan iPhone

iPhone 17 Air bakal diperkasa dengan A19 Bionic yang merupakan pemproses kelas sederhana. iPhone 17 Air ini bakal menjadi model ternipis dalam kelasnya. Selain itu, turut hadir dengan skrin bersaiz 6.6-inci, Pepulau Dinamik (Dynamic Island), kamera lensa tunggal serta cip modem 5G buatan Apple.

Ini menjadikan iPhone 17 model pertama tidak lagi bergantung kepada modem 5G daripada Qualcomm.

iPhone 17 Air akan menggunakan Face ID, 48 megapiksel bagi kamera utama dan 24 megapiksel untuk swa-foto.Tidak dipastikan sama ada Apple akan menjadikan 256GB sebagai storan asas atau kekal dengan 128GB.

Saya percaya Apple tidak akan menaikkan harga bagi model ini memandangkan ia bukan dalam segmen andalan.Apple sebelum ini telah menamatkan versi “mini” dan beralih ke “Plus”.

Embuh-embuhan begitu, kedua-dua segmen ini tidak menerima sambutan menggalakkan. Tidak hairanlah Apple telah mengubah strategi dengan memperkenalkan segmen “Air”.

Sejujurnya beberapa tahun kebelakangan ini inovasi iPhone semakin suram.

Apple dilihat berada dalam situasi selesa dengan melancarkan iPhone dengan naik taraf biasa dan berbeza dengan sebelumnya.Saya tidak melihat sebarang perubahan radikal kepada iPhone menyebabkan semangat untuk membeli model baharu terbantut.

Lagi artikel di ifon.my  Microsoft, Google Dan Apple

Bila saya bertanya kepada rakan-rakan, adakah mereka akan menaik taraf, jawapan lebih kurang sama, tiada faktor kuat untuk melakukannya.Walaupun Apple melancarkan Apple Intelligence saya langsung tidak terpikat malah melupakan hasrat tersebut.

Setelah berfikir secara mendalam, ada baiknya saya menunggu iPhone 17, namun belum pasti akan membelinya.Saya tidak melihat kekuatan iPhone sepertimana dahulu. Walaupun tidak nafikan ia kekal telefon pintar paling popular di dunia.

Hanya Jauhari mengenal Manikam, malangnya mereka gagal untuk guna peluang seadanya.Saya juga jarang untuk memuji iPhone, tiada apa yang ingin dinyatakan, jika semua sama sahaja.

Zaman Tuk Nadur berkajang kain, begitulah yang dapat saya zahirkan. Tiada apa yang ingin dibanggakan, malah iOS hanya sekadar biasa sahaja.

Apple bukan darah setampuk pinang, mereka sudah dalam dalam industri ini, dek kerana terlalu selesa mereka hanya sajikan inovasi biasa sahaja

Asmaraloka ini perlukan sahmura yang tak ternilai, mengubah segala pandangan, mencipta satu rasa yang tidak pernah ada

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone XS Max dan iPhone 6 Plus Diisytiharkan Sebagai Vintaj

AirPods Max (Generasi Kedua) Tidak Dilancarkan Dalam Masa Terdekat