in

Sokongan Apnea Tidur bagi Apple Watch Telah Diluluskan

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia telah meluluskan sokongan Apnea Tidur bagi Apple Watch Siri 9, Apple Watch Siri 10 dan Apple Watch Ultra 2.

Tidak dipastikan bila sokongan ini akan diaktifkan, memungkinkan dalam masa terdekat.Apnea tidur adalah satu keadaan di mana seseorang mengalami gangguan pernafasan semasa tidur.

Ini berlaku apabila otot-otot di belakang tekak menjadi lemah atau kendur, menyebabkan saluran pernafasan sempit atau tertutup. Akibatnya, aliran udara ke paru-paru terganggu.

Tanda-tanda dan gejala apnea tidur termasuk:

  • Mendengkur dengan kuat
  • Tersedak atau tercekik semasa tidur
  • Selalu terjaga dari tidur
  • Merasa letih sepanjang hari
  • Mengantuk pada waktu siang
  • Sakit kepala pagi
  • Keadaan mood yang tidak stabil
Lagi artikel di ifon.my  Harga Apple Watch Siri 3 (GPS) Turun

Sokongan ini adalah penting untuk golongan yang hadapi masalah tidur dan ingin mengetahui sama ada tergolong dalam kalangan orang yang menghadapi Apnea Tidur.

Berapa ramai menantikan fitur ini diaktifkan pada Apple Watch mereka?

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Astro Shaw Memperkenalkan Filem Terbaharu Abah Saya Uncle Mike

Hukum Membeli Waranti Tambahan