in , ,

Wantugo Bakal Jadi Filem “Squid Game” Malaysia?

19 Februari – Industri perfileman tempatan kita  semakin menarik dengan lahirnya sebuah filem bergenre seram/ngeri bertahan untuk hidup (survival thriller) yang diterbitkan oleh Astro Shaw. 

Wantugo merupakan sebuah filem diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad(Labu) di bawah syarikat produksi Infinitus Productions Sdn Bhd. Filem ini dikatakan mengambil sedikit DNA daripada Escape Room dan Squid Game. 

Kendatipun begitu, menurut temu bual bersama barisan pelakon. Plot penceritaan tidak menzahirkan tentang Escape Room atau Squid Game. Filem ini menggunakan idea serta kreativiti daripada Pengarah untuk menterjemah sesuatu yang belum pernah dipersembahkan di Malaysia. 

Wantugo dibarisi pelakon berbakat termasuk Zul Ariffin yang memegang watak Khalif, Sein Qudsi (Azam), Meerqeen (Zak), Sky Iskandar (Irfan), Daiyan Trisha (Emylia), Elizabeth Tan (Isabelle), Nia Atasha (Gee), Yusof Hashim (Harris) dan Arfie Shah (Luqman). 

Lagi artikel di ifon.my  Bisikan Dosa Penuh Kejutan

Filem ini mengisahkan Zak dan ‘The Clique’ tiba di sebuah taman tema terbiar dan  terjumpa dengan ‘Game Master’ yang menerangkan kepada mereka tentang tiga pusingan permainan maut. Zak dan rakannya sedar yang permainan ini mengingatkan mereka tentang kejadian lalu yang melibatkan rakan kolej mereka Luqman. Keadaan menjadi tegang antara ‘The Clique’ apabila mereka saling menyalahkan satu sama lain.

Sewaktu sesi temu bual bersama semua pelakon, masing-masing menunjukkan keterujaan sewaktu proses penggambaran. 

Dalam Wantugo, Meerqeen telah memegang watak Zak seorang yang hidup dalam dunia sendiri, kurang bergaul serta mempunyai seorang abang iaitu Azam yang dilakonkan oleh Sein Qudsi. Azam merupakan seorang abang yang terpaksa menjaga Zak setelah kematian ibubapa mereka. Kecekalan untuk hidup serta menjaga Zak telah merubah sedikit karektor Azam yang lebih matang. 

Sebagai seorang yang penakut dan memegang watak sebagai bakal ibu yang mengandung lima bulan, ia merupakan satu pengalaman  menarik dalam filem Wantugo, jelas Elizabeth Tan yang memegang watak sebagai Isabella. 

Lagi artikel di ifon.my  Astro Shaw Memperkenalkan Filem Terbaharu Abah Saya Uncle Mike

Wantugo bakal menjalani penggambaran selama 50 hari dan berbaki 19 hari sewaktu temu bual ini dijalankan. 

Kami berkesempatan berkunjung ke set penggambaran bertempat di SnoWalk by i-City. Sudah pasti kita sebagai penonton kelak tidak sabar untuk tonton dan lihat penerimaan masyarakat terhadap filem berkonsepkan seperti ini. 

Wantugo bakal terjah layar perak pada penghujung 2025 dan berdurasi 90 minit dengan lokasi penggambaran di buat di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. 

Nantikan video temu bual penuh antara kami bersama barisan pelakon Wantugo dalam masa terdekat. 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Captain America: Brave New World Menarik Tapi Perlu Ditambah baik

iPhone 16e Segmen “Mampu milik” Golongan Ningrat