in ,

The Monkey Filem Ngeri Zahir Keterujaan

Sebuah filem seram komedi dengan alur cerita unik dan kreatif. Plot penceritaan tidak begitu meleret dan fokus kepada subjek utama.

Mengisahkan pasangan kembar Hall dan Bill yang dijaga oleh ibunya. Boleh dikatakan kehidupan mereka bertiga baik dan kehilangan ayahnya tidak merosakkan kebahagiaan mereka.

Walau bagaimanapun, sikap Hall yang lemah dan suka menyendiri membuatkan dirinya sering dibuli bukan sahaja rakan-rakan sekolah, malah Bill sendiri. Sewaktu Hall dan Bill menggeledah barangan peninggalan ayahnya.

Mereka menemui satu patung mainan monyet yang disimpan di dalam kotak. Terdapat satu arahan menyuruh memutarkan kunci di belakang badan monyet untuk mengetahui kesudahannya.

Sebaik Bill memutarkan kunci tersebut, tiada apa berlaku dan menyerahkan kepada Hall untuk memilikinya. Hall mula meragui mainan tersebut setelah satu kejadian ngeri telah membunuh seorang wanita yang menjaga mereka berdua.

Atas sebab ingin tahu dan kesan trauma yang dihadapi oleh Hall. Dia meminta agar Monyet tersebut membunuh kembarnya Bill dan memutarkan kunci tersebut. Sebaik diputarkan, satu kematian tragis yang merubah hidup mereka berdua.

Lagi artikel di ifon.my  Bolehkah Sekali Saja Kumenangis Penuh Emosi

Hall baru mengetahui bahawa kematian yang berlaku tidak akan mengikut kehendak si pemutar kunci, ia akan berlaku atas kehendak Monyet itu sendiri.

Hall dan Bill mula sedar akan ancaman jika menyimpan Monyet tersebut dan menyembunyikan untuk mengelakkan disalahgunakan.

Adakah kehilangan Monyet tersebut bersifat kekal atau Monyet tersebut kembali mencari Hall dan Bill? Sudah semestinya anda perlu menonton filem ini.

Jika anda peminat karya Stephen King, Penerbit James Wan serta Pengarah LongLegs Oz Perkins. The Monkey (2025) merupakan filem sesuai untuk anda.

Filem ini banyak memaparkan babak ngeri seperti yang digambarkan dalam filem Final Destination. Darah, hentakan, tembakan, kepala berkecai, perut terburai dan sebagainya menjadi penarik bagi penggemarnya.

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Filem Pulau Hantu

Walaupun diselitkan elemen ‘komedi’ , saya boleh dikatakan ia berada pada babak-babak yang sepatutnya dan tidak mengganggu fokus anda pada elemen ngeri.

Filem ini tidak seram, cuma babak ngeri itu wujud untuk membuat kita tidak senang duduk saat menontonnya.

Letak logik akal diluar panggung dan elek menonton treler bagi filem ini. Saya percaya, jika anda peminat judul seram, negeri serta komedi pahit (dark comedy) . The Monkey sebuah filem yang menarik untuk ditonton.

Jutaan terima kasih kepada pawagam GSC kerana menjemput kami serta memberikan tiket tambahan untuk pemenang. Begitu juga Warner Bros Malaysia yang membawa filem yang bagi saya unik serta menarik untuk ditonton.

Jangan lupa tonton filem ini jika anda mahukan kelainan dalam filem berjudul seram, ngeri dan komedi gelap.

Skala: 7.7/10

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Temu bual Pelakon : Wantugo Sebuah Filem Berkonsep Battle Royale?

vivo Malaysia Melancarkan Telefon Pintar vivo Y29 dan vivo Y39