in

Berbaloikah Membeli iPhone 16e?

Berbaloikah iPhone 16e? Semalam bermulalah jualan iPhone 16e di Apple The Exchange TRX serta Penjual Berdaftar Apple seluruh Malaysia.

iPhone 16e dijual pada harga bermula RM2,999 bagi storan 128GB, RM3, 499 bagi storan 256GB dan RM4,499 untuk storan 512GB. iPhone 16e bukanlah penciptaan unik mahupun baharu.

Fokus masih terarah kepada segmen mampu milik, walau hakikat sebaliknya. Saya tidak akan memperincikan tentang spesifikasi, memandangkan hampir semua pembaca sudah mengetahuinya.

Saya telah mencuba serta menggunakan model ini untuk beberapa jam, nasihat saya sebelum membuat apa-apa keputusan, sila memandu uji dulu di mana-mana kedai yang menjual model ini.

iPhone 16e didatangkan dengan dua pilihan warna sahaja iaitu Hitam dan Putih.Kelebihan yang dimiliki bagi iPhone 16e adalah ketahanan bateri.

Jika dibuat perbandingan antara iPhone 16 dan iPhone 15 Pro Max jelas menuntaskan ketahanan bateri bagi iPhone 16e jauh lebih baik, malah kapasiti mAh juga lebih besar berbanding iPhone 16 Pro serta iPhone 16.Berikut kapasiti mAh untuk rujukan anda.

iPhone 16 Pro Max: 4,685 mAhiPhone 16 Pro: 3,582 mAhiPhone 16 Plus: 4,674 mAhiPhone 16: 3,561 mAhiPhone 16e: 3,961 mAhKekurangan iPhone 16e terletak kepada kamera utama yang menggunakan kanta tunggal semata.

Selain itu, Pepulau Dinamik tidak tersedia, malah sokongan pengecasan pantas juga hanya menyokong 7.5Watt serta tidak didukung MagSafe.Apple telah mengeluarkan kenyataan berhubung ketiadaan MagSafe pada iPhone 16e.

Menurut Apple, kebanyakan pengguna iPhone 16e tidak menggunakan MagSafe dan cenderung menggunakan kabel berwayar. Tidak hairanlah mengapa pengecasan pantas hanya menyokong 7.5Watt semata.

Bagi saya semua itu hanyalah alasan untuk mengurangkan kos pengeluaran.Jika Apple mahupun seseorang itu merasai pengalaman menakjubkan saat menggunakan iPhone 16e, sepatutnya sokongan MagSafe harus ditawarkan.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 16e Segmen "Mampu milik" Golongan Ningrat

Malah, sudah banyak aksesori MagSafe dijual di pasaran sekarang.Kekurangan iPhone 16e tidak terhenti di situ, walaupun dijana dengan A18, teras GPU telah dikurangkan berbanding A18 yang ditawarkan untuk iPhone 16.

Unit Pemprosesan Grafik berfungsi untuk mengurus serta memproses semua tugas berkaitan grafik.Antaranya memaparkan imej, video, animasi, serta permainan lebih lancar dan pantas.GPU memastikan prestasi visual lebih baik sambil menjimatkan tenaga bateri. Ia penting untuk pengalaman lebih lancar, terutama dalam aplikasi berat seperti permainan 3D atau seumpamanya.

Walaupun dikurangkan satu teras berbanding A18 yang terdapat dalam iPhone 16.Secara peribadi, prestasi bagi A18 (iPhone 16e) lebih baik berbanding iPhone 15 yang dijana dengan A16 Bionic. Paling ketara, A18 lebih mesra Apple Intelligence.

Ingatan Capaian Rawak juga dapat menzahirkan akan kelebihan yang terdapat dalam iPhone 16e berbanding iPhone 15.iPhone 16e didukung 8GB, manakala iPhone 15 hanya 6GB.

Tidak hairanlah mengapa iPhone 16e menyokong Apple Intelligence, kontradiksi dengan iPhone 15.Satu perkara yang ada pada iPhone 16e, tapi tiada pada mana-mana model iPhone adalah cip C1 iaitu cip memfokuskan kepada model selular.

Jika dilihat kerana ujian kepantasan selular bagi iPhone 16e dan iPhone 16 Pro Max. Nampaknya, cip C1 mampu menandingi Snapdragon X71.Kendatipun begitu, terlalu awal untuk dinoktahkan, semua bergantung kepada kekuatan rangkaian, lokasi, cuaca dan sebagainya.

Saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk C1, namun berharap ia dapat memberi lebih keistimewaan berbanding model yang dibangunkan oleh Qualcomm. Satu perkara yang bermain dalam fikiran, berbaloi atau tidak membeli iPhone 16e.Secara peribadi, tidak menjadi masalah untuk anda membeli iPhone 16e.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 16e Segmen "Mampu milik" Golongan Ningrat

Jika dibuat perbandingan harga, iPhone 16e jauh lebih murah berbanding iPhone 15 dan lain-lain.iPhone 16e saya masih galakkan bagi sesiapa yang mahu mencuba ekosistem Apple terutama iOS.Walau bagaimanapun, jika anda kekangan bajet.

Saya galakkan untuk tunggu beberapa bulan lagi dan tidak mustahil iPhone 16e boleh turun sehingga RM2,400 – RM2,700.

Jika dilihat kepada harga iPhone 16, pada waktu ini dijual pada harga RM3,649 iaitu RM350 lebih rendah berbanding harga asal.Perlu diingatkan, pada waktu ini tiada promosi besar-besaran. Jika berlaku, harga boleh turun lebih rendah. Klik DI SINI

Jika anda mahu membeli pada waktu ini, mungkin boleh utamakan iPhone 16 yang pasti harga lebih baik dan sepadan dengan spesifikasi ditawarkan. Semak di Shopee, Lazada dan TikTok terlebih dahulu.Pastikan anda beli di sumber yang sahih seperti kedai Switch, Machines dan lain-lain.

Sekiranya anda mencari iPhone bawah RM2,700 nasihat saya tunggu dulu.Tidak mustahil harga iPhone 16e akan turun. Perlu diingatkan, jika dilihat dari segi sejarah, harga iPhone SE sangat sukar untuk turun walaupun promosi.

Kebiasaannya penurunan harga tertumpu kepada segmen andalan dan sederhana.Pada ketika ini jangan letakkan harapan tinggi untuk harga iPhone 16e turun. Tapi saya yakin iPhone 16 dan iPhone 16 Pro akan turun sewaktu promosi.

Menjadi “hak prerogatif” Apple untuk meletakkan harga bagi iPhone 16e walaupun dikecam oleh sesetengah pihak.

Guna kebijaksanaan untuk memilih mana yang sesuai untuk kita berdasarkan bajet yang ada.

Tuntasnya,

Kita boleh berangta, saat afsun melihat wajahnya. Asmaraloka itu indah, tapi biarlah sepadan jiwa. Jangan kerana taksub sampai menyembah pada niskala.” – Xavier Naxa

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

DAPUR GOODDAY: MISI SARIMAH & TUYAH VS CHE TON’, PROGRAM REALITI DRAMA MASAKAN PERTAMA DI MALAYSIA

Ketindihan: Filem Seram Tiada Arah Tuju?