in ,

Ketindihan: Filem Seram Tiada Arah Tuju?

Filem ini awalnya menarik minat saya yang ingin mengetahui tentang kelumpuhan tidur. Saya yakin, rata-rata dalam kalangan kita pernah hadapi masalah ini terutama saat badan terlalu penat.

Topik ini telah menimbulkan pelbagai pendebatan, sebilangan berpendapat ia berlaku secara saintifik dan ada beranggapan berpunca dari unsur-unsur mistik.

Filem ini telah membawa kita mengenali Beuno iaitu jin yang menyebabkan diri kita kelumpuhan tidur. Tania seorang atlit tenis beserta rakan-rakannya cuba untuk memanggil Beuno dengan mantra yang diketahui oleh rakannya.

Panggilan tersebut awalnya difikirkan sekadar gurauan, Tania mula diganggu dengan kematian demi kematian orang yang dia sayangi.

Tania hidup dengan kesenangan, namun hidupnya bersama ayaj, ibu dan anak lelakinya seolah-olah porak peranda.

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Filem : Kraven the Hunter

Awalnya Tania sudah biasa dengan keadaan tersebut sehinggalah Beuno datang mengganggu. Adakah Tania mampu menepis segala gangguan daripada Beuno, anda perlu tonton di pawagam TGV berhampiran.

Secara peribadi, plot penceritaan bagi saya agak kucar kacir tanpa diketahui apa matlamat sebenar Pengarah mahu membawa dalam filem Ketindihan.

Kegagalan mengasah sebaik-baiknya pelakon berbakat telah membuatkan perjalanan dari satu babak ke babak kurang menarik.

Tahap keseraman saya letak pada skala 2/10, manakala keseluruhan penceritaan amat mendukacitakan.

Barangkali industri filem seram di sana sudah ketandusan idea untuk menghasilkan sebuah filem berkualiti.

Berdasarkan respon dari penonton yang menonton Tayangan Perdana, rata-rata kecewa dengan filem ini. Namun, amat tidak adil untuk saya katakan filem ini teruk secara keseluruhan.

Lagi artikel di ifon.my  The Monkey Filem Ngeri Zahir Keterujaan

Saya mengajak anda untuk menonton sendiri di pawagam TGV berhampiran.

Jutaan terima kasih kepada TGV sebagai penganjur utama Tayangan Perdana Ketindihan yang berlangsung pada 25 Februari di TGV Sunway Velocity.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Berbaloikah Membeli iPhone 16e?