in ,

Ne Zha 2 Lepasi Kutipan Global Hampir 9 Bilion Ringgit

Tahukah anda, filem ini telah mengutip kutipan pecah panggung sekitar $2.078 bilion dan telah mengatasi Avengers :Infinity War serta Star Wars: Episode VII – The Force Awakens.

Begitulah hebatnya filem animasi ini, sehingga saya juga sangat menyukainya. Saya telah jangka filem ini bakal meletup di pawagam, berdasarkan sambutan Ne Zha pertama sebelum ini.

Menonton Ne Zha 2 dalam format IMAX Laser dengan 12 saluran bunyi serta kerusi boleh laras sudah semestinya memberi pengalaman menarik sewaktu menonton filem ini.

Ne Zha 2 adalah filem susulan (sequel), penceritaan bersambung selepas pertarungan epik antara Ne Zha dan Ao Bing.Setelah tubuh mereka dimusnahkan oleh panahan petir, Ne Zha dan Ao Bing berjaya mengekalkan diri sebagai roh.

Guru mereka iaitu Taiyi Zhenren merancang untuk membina kembali tubuh mereka menggunakan teratai tujuh warna, namun proses tersebut menghadapi pelbagai rintangan.Dalam usaha melindungi kampung halamannya, Ne Zha perlu berhadapan dengan Raja Naga Laut Timur, Ao Guang.

Lagi artikel di ifon.my  Astro Shaw Memperkenalkan Filem Terbaharu Abah Saya Uncle Mike

Pertarungan epik antara Ne Zha dan pasukan Raja Naga digambarkan dengan animasi yang menakjubkan ini termasuk adegan aksi mendebarkan.Menariknya, filem ini bukan setakat itu sahaja malah terdapat putar belit plot (plot twist) yang membuatkan anda terkejut.

Filem ini menyentuh pelbagai emosi yang membuatkan diri kita seolah-olah berada dalam penceritaan tersebut.Sejujurnya filem ini mempunyai standard tinggi dengan kualiti animasi serta kesan bunyi yang imersif.

Semalam saya membuat tempahan di Aurum Theatre, The Exchange TRX semata-mata untuk menonton filem ini.Dengan bayaran serendah RM70, saya dapat menikmati tontonan IMAX Laser dengan 12 saluran bunyi, kerusi empuk boleh laras, “pop corn” dan minuman secara PERCUMA.

Menonton di pawagam Aurum Theatre sangat berbeza, malah membuatkan saya tidak akan mencari pawagam lain untuk menonton filem-filem berkualiti.Semalam, saya boleh lihat sambutan terhadap filem ini di Aurum Theatre, tidak hairanlah mengapa filem ini mendapat perhatian

Lagi artikel di ifon.my  A Complete Unknown: Hadiah Buat Peminat Bob Dylan

Jika anda mahu menonton filem animasi dengan penceritaan menarik, Ne Zha 2 adalah pilihan utama.Jangan risau, sari kata (subtitle) bagi filem ini jelas dan mudah difahami bagi penonton berbangsa Melayu seperti saya.

Babak komedi dalam filem ini juga mudah untuk difahami dan anda akan tertawa sebaik menonton filem ini.Saya jarang untuk memuji filem animasi berkualiti. Tapi Ne Zha 2 ternyata naskah terbaik untuk ditonton.

Jika kelapangan, pergilah tonton Ne Zha 2 di mana-mana pawagam GSC, jika boleh saya galakkan anda untuk menonton di Aurum Theatre, The Exchange TRX.Ini bukanlah iklan berbayar, sekadar berkongsi kepada anda akan tawaran di Aurum Theatre yang saya hadir semalam.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Suria KLCC Menyambut Kemeriahan Hari Raya Melalui Keindahan Istana Maghribi

vivo Y39 dan vivo Y29 Telefon Pintar Mesra Pelajar