in ,

Drop : Cemas dan Mendebarkan

Drop mengisahkan tentang kehidupan Violet Gates (Meghann Fahy), seorang ibu tunggal yang mengalami trauma melampau saat melihat kematian suaminya depan matanya. Kehidupan Violet berubah dan hanya bersama anak lelaki dan adiknya.

Setelah sekian lama menyendiri, Violet bersedia untuk bertemu dengan Henry Campbell (Brandon Sklenar) di sebuah restoran mewah, pertemuan ini berlaku saat kedua-duanya menggunakan aplikasi janji temu (dating App).

Embuh-embuhan begitu, malam yang sepatutnya romantis bertukar menjadi mimpi ngeri saat Violet menerima mesej ancaman melalui apliaksi AirDrop di telefonnya. Mesej tersebut mengandungi imej-imej “meme” yang mempunyai makna tersirat.

Awalnya Violet mengangap ia hanya gurauan sehinggalah dia menerima satu arah untuk melihat kamera keselamatan di rumahnya. Alangkah terkejut, Violet menyaksikan anak dan adiknya didatangi seorang pemuda yang mengugut untuk membunuhnya.

Lagi artikel di ifon.my  Ketindihan: Filem Seram Tiada Arah Tuju?

Violet yang dalam ketakutan tidak dapat untuk berkata-kata walaupun Henry seolah-olah mengetahui Violet dalam situasi genting. Violet diarah untuk berdiam, setiap kata-kata dan tindakannya akan menyebabkan anak dan adiknya dibunuh.

Violet telah mendapat arahan untuk melakukan satu tugasan yang sangat tidak masuk akal. Dalam keadaan yang cemas itu, Violet tetap tenang walaupun tingkah lakunya jelas menunjukkan dia dalam situasi yang tidak selesa. Siapa individu yang menghantar meme tersebut dan apakah niat sebenarnya?

Anda perlu menonton Drop bermula hari ini.

Secara peribadi, jalan penceritaan tidak begitu komplek walaupun kita akan tertanya-tanya siapa dalang disebalik AirDrop tersebut. Saya percaya, anda mungkin tersilap teka kerana Pengarah berjaya mengelakkan kita tahu lebih cepat pelaku tersebut.

Filem ini berkisar dalam restoran dan rumah Violet semata, maka skop penceritaan tidak begitu luas dan lebih fokus kepada sasaran sebenar.

Lagi artikel di ifon.my  Astro Shaw Memperkenalkan Filem Terbaharu Abah Saya Uncle Mike

Walakin begitu, filem ini mempunyai beberapa kelemahan termasuk babak klimaks yang tidak masuk akal. Malah tindakan yang perlu dilakukan oleh Violet, hakikatnya boleh sahaja dibuat tanpa memerlukan pertolongannya.

Kendatipun begitu, tidak dinafikan filem ini mampu untuk menaikkan adrenalina terutama babak-babak yang memerlukan Violet melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.

Apakah kesudahan filem ini, sudah pasti anda yang harus menontonya.

Drop telah ditayangkan di pawagam seluruh negara, jika anda suka kepada filem dengan gendre seram psikologi, maka filem ini sesuai untuk anda.

Skala : 5.5/10 (55%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

A Minecraft Movie : Dunia Kreativiti, Kurang Berisi

Perjuangan Epik Qodrat 2 Bakal Menghantui Layar Perak Bermula 17 April Menerusi Kerjasama Strategik Bersama Astro Shaw.