in ,

Qodrat 2: Lebih Aksi, Lebih Misteri!

Jika anda penggemar filem seram, Qodrat 2 pasti membuatkan anda terpaku di kerusi. Filem susulan (sequel) ini bukan sekadar ulang tayang kisah lama, tapi bawa penonton menyelami misteri lebih gelap dan aksi mendebarkan berbanding yang pertama.

Qodrat 2 menyambung kisah filem pertama. Filem ini menggabungkan elemen seram dengan ‘jumpscare’ yang membuatkan penonton meremang bulu roma. Elemen bunyi dengan sinematografi yang memukau berjaya membuktikan Qodrat 2 bukan sekadar sebuah filem seram.

Malah mampu menonjolkan kualiti filem bertaraf profesional. Vino G Bastian dan Acha Septriasa berjaya membuktikan bahawa mereka kekal relevan dalam membawa watak yang dipersembahkan.

Filem kolaborasi bersama Astro Shaw membuktikan industri filem serumpun berjaya menghasilkan filem yang mengikut selera Nusantara.

Lagi artikel di ifon.my  Ketindihan: Filem Seram Tiada Arah Tuju?

Walaupun Qodrat 2 penuh aksi dan misteri, saya lebih menyukai Qodrat pertama yang lebih mendalam terutama pembinaan karektor.

Penampakan makhluk halus yang keterlaluan membuatkan saya sebagai penonton kehilangan rasa takut berbanding Qodrat pertama.


Kendatipun begitu, aksi pada Qodrat 2 dua kali lebih menarik serta rasa romantis antara Azizah dan Qodrat jelas menzahirkan akan keistimewaan filem ini.

Jangan lupa menonton Qodrat 2 yang ditayangkan bermula hari ini di seluruh pawagam berhampiran dengan anda.

Skala: 6.5/10 (65%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Astro Shaw dan Royal Selangor Bergabung Tenaga Hasilkan Koleksi Eksklusif Keluang Man

vivo : Serlahkan Imej Potret Fotografi Mu