in ,

Bengkel Kamera vivo V50 Meriahkan One Utama dengan Aktiviti Menarik

Petaling Jaya, 19 April 2025 – Bengkel eksklusif anjuran vivo Malaysia di kedai mercu vivo, One Utama hari ini berjaya menarik perhatian ramai peminat teknologi dan fotografi mudah alih.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada siri jelajah vivo ke beberapa buah negeri terpilih, bertujuan membantu pengguna memaksimumkan potensi kamera telefon pintar mereka, khususnya model terbaru, vivo V50.

Antara aktiviti menarik yang disediakan termasuk sesi tunjuk ajar tentang penggunaan tetapan kamera melalui vivo V50 oleh pakar teknologi vivo sendiri.

Peserta juga berpeluang bersantai di Secret Garden One Utama sambil mempelajari teknik mengambil gambar potret yang memukau menggunakan mod potret vivo V50.

Suasana turut dimeriahkan dengan sesi bergambar serta pemberian cenderahati eksklusif kepada para peserta yang hadir.

Lagi artikel di ifon.my  vivo : Serlahkan Imej Potret Fotografi Mu

Pendekatan santai namun informatif ini bukan sahaja memberi pendedahan praktikal, malah mempereratkan hubungan antara jenama vivo dan penggunanya.Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel seumpama ini pada masa akan datang, anda boleh mengikuti media sosial rasmi vivo Malaysia untuk maklumat terkini dan pendaftaran acara.

vivo terus komited dalam memberikan pengalaman fotografi mudah alih terbaik kepada penggunanya menerusi teknologi canggih dan pendekatan mesra pengguna.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

vivo : Serlahkan Imej Potret Fotografi Mu