in ,

Thunderbolts* Penyelamat MCU?

Filem ke-36 dalam semesta Marvel Cinematic Universe (MCU) ini tampil dengan naratif yang lebih matang, membawa kita menyelami dunia kumpulan anti-hero yang penuh konflik dan emosi.

Seawal penceritaan, penonton sudah dibawa ke tanah air kita dengan paparan ikonik Menara Merdeka 118. Aksi terjunan Yelena Belova (lakonan mantap Florence Pugh) nyata membangkitkan sorakan dan tepukan, sebagai tanda penghargaan kepada babak tersebut.

Jika anda menyangka keterlibatan Malaysia sekadar seimbas lalu, anda silap. Malaysia menjadi nadi kepada keseluruhan penceritaan, malah nama negara kita disebut berulang kali, memperlihatkan betapa pentingnya latar ini dalam perkembangan jalan cerita.

Saya tidak akan merungkai jalan cerita secara terperinci kerana ulasan ini bebas spoiler.

Namun, untuk benar-benar menghargai naratif filem ini, saya sarankan anda menonton beberapa filem dan siri berkaitan seperti Black Widow, The Falcon and the Winter Soldier, dan Ant-Man and the Wasp. Ini akan membantu anda memahami latar belakang konflik dan hubungan antara watak dengan lebih jelas.

Lagi artikel di ifon.my  Wantugo Bakal Jadi Filem “Squid Game” Malaysia?

Tanpa pengetahuan ini, ada kemungkinan anda akan sedikit keliru.Namun begitu, jika anda sudah mengikuti perjalanan MCU, saya yakin filem ini akan memuaskan hati anda.

Secara peribadi, saya boleh katakan Thunderbolts berjaya mengubah persepsi negatif terhadap filem MCU yang kebelakangan ini kelihatan lesu. Walaupun plot tidak sepenuhnya bertunjangkan aksi, setiap watak diberi ruang yang seimbang, menjadikan semangat berpasukan antara mereka tampak kukuh dan meyakinkan.

Bagi yang sudah menonton treler, pastinya anda sedar akan kemunculan Sentry yang dianggap ancaman besar. Bagaimana watak ini tercipta semuanya bakal terjawab dalam filem ini.

Florence Pugh sekali lagi membuktikan kemampuannya membawakan watak Yelena Belova dengan penuh emosi dan ketelitian. David Harbour pula bijak menyuntik elemen komedi yang secukup rasa, tidak berlebihan dan tidak menjengkelkan.

Runut bunyi yang mengiringi babak demi babak berjaya menghidupkan suasana, manakala visual Imej Janaan Komputer (CGI) juga cukup kemas dan memuaskan.

Lagi artikel di ifon.my  Qodrat 2: Lebih Aksi, Lebih Misteri!

Saya tidak teragak-agak untuk mengatakan bahawa Thunderbolts ialah filem untuk Malaysia dan lebih penting lagi, filem ini seolah-olah menyelamatkan MCU yang mula goyah.

Filem ini turut menawarkan dua babak kredit, dengan kredit akhir memberi bayangan kepada fasa seterusnya dalam MCU.

JANGAN KELUAR AWAL

Thunderbolts ditayangkan dalam format IMAX, jadi pastikan anda menontonnya dalam format ini untuk pengalaman yang lebih imersif.

Paling penting, ada maksud tersirat disebalik simbol ‘*’ pada Thunderbolts*.

Terima kasih kepada Marvel Malaysia, Pawagam GSC dan Aurum Theatre, The Exchange TRX yang berjaya mewujudkan suasana paling meriah sewaktu pratonton #ThunderboltsMY.

Skala: 8/10 (80%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Keluang Man Membangkitkan Adiwira Masa Kecil

Fon Putik : CMF Buds 2, CMF Buds 2a dan CMF Buds 2 Plus Dilancarkan