Sekiranya anda baru dalam dunia teknologi, sudah pastinya tidak mengenali jenama CMF. Namun, sekiranya saya menyebut jenama Nothing sudah pasti anda mengetahuinya.

CMF merupakan anak syarikat yang dimiliki oleh Nothing, yang diasaskan oleh Carl Pei (mantan pengasas OnePlus).
Nothing terkenal dengan rekaan produk yang moden, minimalis, serta unik, contohnya Nothing sebuah telefon pintar yang menggunakan panel lutsinar.

CMF dilancarkan pada tahun 2023. Nama CMF sendiri merujuk kepada tiga perkara iaitu warna (Colour), Bahan (Material) dan Kemasan (Finish).
Minggu ini CMF telah meneruskan komitmennya dengan melancarkan CMF Phone 2 Pro untuk pasaran tempatan.



CMF Phone 2 Pro diperkasa dengan MediaTek Dimensity 7300 Pro 5G dengan peningkatan CPU sebanyak 10% serta GPU 5% berbanding CMF Phone 1. Selain itu, CMF Phone 2 Pro hadir dengan RAM 8GB serta storan dalaman 256GB.
Dalam aaspek biometrik, model ini menggunakan cap jari optik bawah paparan. CMF Phone 2 Pro didatangkan dengan saiz 6.77″ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz.

CMF Phone 2 Pro turut dilengkapi bateri 5,000 mAh dengan kelajuan pengecasan sehingga 33W.
CMF Phone 2 Pro dijual pada harga RM1,199 dan boleh dibeli di Penjual Berdaftar seperti Urban Republic, SS Solution, TMT serta dalam talian seperti Lazada, Shopee, TikTok Shop.