in ,

Fon Putik : CMF Buds 2, CMF Buds 2a dan CMF Buds 2 Plus Dilancarkan

Minggu ini CMF telah melancarkan tiga model fon putik baharu mereka antaranya, CMF Buds 2, CMF Buds 2a dan CMF Buds 2 Plus.

Sekiranya anda belum mengetahui akan jenama ini, CMF merupakan sub-jenama Nothing yang menawarkan produk inovatif serta mempunyai peminat tegar di seluruh dunia.

Peluncuran fon putik ini mencerminkan komitmen CMF untuk mempelbagaikan julat harga bagi setiap model agar menepati cita rasa masing-masing.

Tumpuan kepada penawaran audio harian hinggalah pendengaran yang imersif serta diperibadikan, sudah semestinya mengimbangi prestasi, reka bentuk bagi setiap model yang dizahirkan.

CMF Buds 2 menawarkan peneman serba boleh sepanjang hari. Memfokuskan kepada keseimbangan bunyi, keselesaan dan fitur pintar sudah cukup menterjemah akan model terbaharu ini.

Lagi artikel di ifon.my  CMF Phone 2 Pro Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan

CMF Buds Plus pula menumpukan kepada golongan pencinta bunyi yang mahu kualiti aras tinggi. Selain itu, ia dilengkapi dengan Hi-Res LDAC, penyesuaian EQ penuh untuk menghasilkan bunyi yang lebih baik serta seimbang.

CMF Buds 2a pula khusus untuk golongan yang mahukan produk pada harga bajet. Walaupun tanda harga sedikit rendah, CMF Buds 2a masih menawarkan bunyi yang berkualiti sesuai untuk golongan remaja.

CMF Buds 2 dijual pada harga RM199, manakala CMF Buds 2a dijual pada harga RM159. CMF Buds 2 Plus pula dijual pada harga RM229.

Ketiga-tiga produk ini boleh dibeli melalui wakil penjual yang sah seperti TMT, Urban Republic, SS Solution dan lain-lain.

Lagi artikel di ifon.my  CMF Phone 2 Pro Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Thunderbolts* Penyelamat MCU?

CMF Phone 2 Pro Dilancarkan Untuk Pasaran Tempatan