Telaga Suriram baru sahaja menghantui pawagam pada 1 Mei 2025. Filem seram arahan Osman Ali telah membawa kita ke tahun 1985 dengan mengekalkan DNA yang sering diketengahkan setiap filem yang dihasilkan olehnya.
Telaga Suriram mengisahkan kehilangan misteri seorang kanak-kanak perempuan bernama Suriram di sebuah kampung terpencil.
Mayatnya ditemui di dalam telaga lama, mencetuskan pelbagai spekulasi dan ketakutan dalam kalangan penduduk kampung. Maimon (Nabila Huda), seorang gadis bisu dan pengasuh Suriram, menjadi suspek utama kerana dia adalah individu terakhir yang dilihat bersama Suriram.

Inspektor Kamilia (Scha Alyahya) ditugaskan untuk menyiasat kes ini dan bekerjasama dengan Zakir (Farid Kamil), anak kepada ketua kampung, untuk merungkai misteri tersebut.
Namun, gangguan roh Suriram mula menghantui kampung, membongkar rahsia lama dan kepercayaan mistik yang telah lama tersembunyi.

Kematian Suriram telah membuatkan emosi Rohaya (Maya Karin) berkecamuk kerana luluh hati setelah mengetahui akan kematian anaknya.
Filem ini mempunyai jalan penceritaan unik dengan sinematografi yang memukau. Jika anda meminati karya Osman Ali, sudah pastinya akan menyukai hasil kerja yang dipersembahkan.


Kekuatan filem ini terletak kepada watak Nabila Huda sebagai Maimon, dia berjaya membawa watak sebagai gadis bisu dan sedikit lembam.

Nabila Huda berjaya membawa penceritaan lebih segar dan berani. Embuh-embuhan begitu, terdapat beberapa kelemahan yang dilihat perlu untuk ditambah baik terutama CGI yang kurang sempurna.

Penceritaan juga sangat lemah dari awal hingga akhir. Terdapat beberapa babak yang boleh dipotong untuk mengurangkan durasi filem ini.
Jika anda rindu untuk melihat Maya Karin beraksi di layar perak, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini.
Skala: 5/10 (50%)