in , ,

Until Dawn : Filem Ngeri Mendebarkan

Sekumpulan remaja mengembara ke sebuah perkampungan terpencil demi menjejaki kehilangan Mel, kakak kepada Clover.

Dalam usaha mencari petunjuk terakhir, Clover sempat bertanyakan seorang jurujual misteri tentang kakaknya. Jurujual itu mengesyorkan agar mereka menuju ke Lembah Glore sebuah lokasi yang terkenal dengan kehilangan orang secara misteri.

Tatkala pencarian berlanjutan, mereka mula tersesat dan akhirnya terkandas di sebuah hotel yang terletak di kawasan Lembah Glore. Kata-kata jurujual itu kembali menghantui fikiran Clover. Dia nekad merungkai misteri di sebalik kehilangan Mel.

Namun, sebaik sahaja matahari terbenam, sebuah jam pasir mula berdetik menandakan permulaan tragedi berdarah. Satu demi satu, mereka dibunuh dalam keadaan ngeri.

Anehnya, setiap kali maut menjemput, mereka ‘dihidupkan’ semula dan kitaran pembunuhan berulang, namun dengan cara yang berbeza.

Lagi artikel di ifon.my  Telaga Suriram : Mengangkat Watak Maimon Yang Dilakonkan Oleh Nabila Huda

Mampukah mereka bertahan hingga subuh dan memecahkan teka-teki ini? Anda perlu menontonnya sendiri untuk mengetahui jawapannya.

Until Dawn sarat dengan babak-babak ngeri yang bakal membuat anda tidak senang duduk, kepala pecah, badan meletup, tangan terputus, mata tertusuk kayu tajam, perut kembung dan pecah dan pelbagai lagi adegan kejam yang membuatkan ramai penonton menutup mata dalam ketakutan.

Adaptasi daripada permainan video popular PlayStation, Until Dawn menjanjikan pengalaman tontonan yang mendebarkan dan penuh adrenalin.

Dari awal hingga akhir, kadar denyut jantung anda dijamin meningkat. Saya secara peribadi menggemari konsep seperti ini, sebuah filem seram yang benar-benar menguji ketahanan jiwa.

Jika anda peminat tegar genre seram dan ngeri, Until Dawn memang wajib anda tonton.Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mei 2025. Saya berpeluang menontonnya lebih awal pada 29 April lalu atas jemputan GSC di LaLaport.

Lagi artikel di ifon.my  Filem Destination Bloodlines : Filem Paling Ngeri Tahun 2025?

Seperti biasa, pengalaman di pawagam BIG cukup mengagumkan skrin gergasi lebih 20 meter lebar dan 10.8 meter tinggi, disokong projektor laser 4K dan bunyi imersif Dolby Atmos 32 saluran, kombinasi sempurna yang menggandakan keasyikan dan ketakutan anda.

Menurut Sony Pictures Malaysia , filem ini ditayangkan tanpa sebarang potongan dan dihadkan untuk tontonan 18 tahun ke atas.

Setelah sekian lama genre seram ekstrem menyepi, Until Dawn hadir sebagai naskhah wajib tonton bagi peminat hardcore filem ngeri.

Jom serbu pawagam!

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Filem Destination Bloodlines : Filem Paling Ngeri Tahun 2025?