in , ,

Rider: Cinta Dua Dimensi

Rider ialah sebuah filem seram komedi dari Thailand yang mengisahkan tiga pemuda penghantar makanan yang berani mengambil risiko menghantar pesanan kepada makhluk halus.

Berbekalkan pengalaman dan kemahiran masing-masing, mereka berjaya mengharungi pelbagai cabaran meskipun berdepan hantu-hantu yang cukup menyeramkan.

Nat (lakonan Mario Maurer), watak utama filem ini, mula jatuh hati pada seorang gadis ketika menjalankan tugas menghantar makanan.

Kejelitaan dan tingkah laku manis gadis bernama Phai itu membuatkan Nat terpikat dan berusaha memenangi hatinya.

Namun, hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Phai disahkan menghidap penyakit kronik dan meninggal dunia.

Sesuatu yang luar biasa berlaku selepas pemergian Phai, mendorong Nat untuk membantu gadis yang dicintainya.

Lagi artikel di ifon.my  Telaga Suriram : Mengangkat Watak Maimon Yang Dilakonkan Oleh Nabila Huda

Apa sebenarnya yang terjadi? Anda perlu saksikan sendiri untuk mengetahui kesudahannya.

Secara peribadi, filem ini padat dengan elemen komedi ringan. Walaupun berlatarbelakangkan genre seram, tahap keseramannya saya anggap rendah.

Seperti kebanyakan filem lain, Rider tidak terlepas daripada kelemahan. Bagi saya, unsur komedi yang dipersembahkan kurang menyengat dan ada beberapa babak yang terasa dibuat-buat.

Walau begitu, filem ini tetap menghiburkan dan sesuai untuk tontonan santai. Ia mungkin belum cukup kuat untuk dinobatkan sebagai filem komedi terbaik tahun ini, tetapi kekuatannya terletak pada lakonan bersahaja Mario Maurer dan elemen komedinya.

Jika anda sedang tertekan dan mencari hiburan ringan, Rider yang kini ditayangkan di pawagam TGV boleh menjadi pilihan yang sesuai.

Lagi artikel di ifon.my  Ketindihan: Filem Seram Tiada Arah Tuju?

Skor: 6/10 (60%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Until Dawn : Filem Ngeri Mendebarkan