Berita baik kepada Pemain (Gamer), iQOO mengumumkan kehadiran iQOO Neo 10 ke pasaran Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu untuk siri Neo mereka.
Memfokuskan kepada prestasi mantap pada harga berpatutan, model ini dijangka menarik perhatian peminat teknologi dan pemain mudah alih di Malaysia.
iQOO Neo 10 hadir dengan spesifikasi hebat setanding telefon segmen andalan (flagship), namun ditawarkan pada harga yang lebih mesra poket.

Ini bakal menjadi pencetus kepada perubahan besar dalam dunia telefon pintar yang memfokuskan kepada Pemain. Dicipta Khas untuk Pemain dan Pengguna Tegar, iQOO Neo 10 direka khusus untuk mereka yang aktif di alam digital sama ada kaki permainan mudah alih, pengguna tegar media sosial, atau individu multitugas yang sentiasa mudah digunakan di mana-mana sahaja.
Menariknya, ia merupakan telefon pemain pertama di Malaysia yang menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4.


Hasilnya? Pengalaman permainan yang lancar, multi-tugas tanpa lag, dan paparan yang responsif serta memukau.
Dilengkapi dengan sistem penyejukan canggih, skrin kadar segar semula tinggi yang terang, dan bateri tahan lama, menjadikan ia teman yang sentiasa sedia dalam apa jua situasi.
Dengan prestasi setaraf andalan pada harga berpatutan, iQOO Neo 10 dijangka menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan prestasi tinggi.
Tarikh rasmi pelancaran akan diumumkan tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal merasai kuasa sebenar iQOO Neo 10.