in ,

Ulasan Video Siar (Podcast) Keluang Man – Temu Bual Istimewa Bersama Pengarah dan Pelakon

Segmen Bisik Layar kali ini membawa sebuah episod podcast istimewa yang dirakam di lokasi eksklusif Aurum Theatre, The Exchange TRX, kru Xavier Naxa berpeluang mendekati nadi di sebalik filem adiwira tempatan yang sedang hangat diperkatakan Keluang Man.

Podcast ini menampilkan temu bual eksklusif bersama tiga nama besar dalam pembikinan filem iaitu Anwari Ashraf (Pengarah), Nas-T, dan Anwaar Beg Moghal, yang menghidupkan watak Inspektor Sahab.Apa yang menjadikan sesi ini begitu menarik ialah suasana santai namun penuh informasi.

Walaupun tiada pengacau (spoiler) dibocorkan, pendengar tetap dibawa menyelami proses awal penglibatan ketiga-tiga figura penting ini, cabaran sewaktu penggambaran, serta pendekatan mereka dalam membawakan watak-watak ikonik ini ke layar perak.

Lagi artikel di ifon.my  Keluang Man Membangkitkan Adiwira Masa Kecil

Kekuatan podcast ini bukan sahaja terletak soalan-soalan yang ditanya, tetapi juga keserasian antara tetamu dan hos menjadikannya seperti perbualan yang mesra antara peminat dan pembikin karya.

Paling mengujakan, kita dapat melihat bagaimana filem Keluang Man berjaya menembusi sempadan generasi, daripada generasi Y dan X hinggalah kepada generasi Z dan Alpha.

Ini membuktikan bahawa adiwira tempatan juga mampu berdiri megah di persada industri.Walau bagaimanapun, kami ingin memohon maaf atas masalah audio dan kualiti video yang kurang memuaskan dalam rakaman ini.

Kekurangan teknikal tersebut sedikit sebanyak mengganggu pengalaman menonton, tetapi tidak mengurangkan nilai isi kandungan yang dikongsi.

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Astro Shaw atas peluang yang diberikan kepada kru Xavier Naxa untuk menjayakan sesi istimewa ini.

Lagi artikel di ifon.my  Larian Ria Keluang Man WONDA Raih Sambutan Luar Biasa, Bawa Nilai Kepahlawanan Dekat di Hati Rakyat

Untuk anda yang ingin tahu lebih lanjut tentang dunia di sebalik tabir Keluang Man, tonton podcast ini dari awal hingga akhir.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mencari Pelan Wi-Fi Rumah Pantas tanpa had serta Penghala Gred-Gamer?