in , ,

Martabat Misi Berdarah Komedi Spontan yang Menjadi

Idea bermula dari meja makan di restoran mamak, akhirnya berjaya menghasilkan sebuah filem komedi yang luar biasa.

Martabat Misi Berdarah membuktikan bahawa lawak bersahaja, bila digarap dengan baik, mampu mencetuskan gelak tawa tanpa henti.

Filem ini mengisahkan lima sekawan yang hadir ke set penggambaran sebagai pelakon tambahan. Minat mereka terhadap dunia lakonan menjadi pendorong utama untuk memberikan komitmen terbaik walaupun hanya sebagai “ekstra”.

Setelah tiba di sebuah pulau terpencil sebagai tapak penggambaran, di situlah bermulanya pelbagai babak kelakar, serta realiti dunia lakon layar termasuk isu pilih kasih antara pelakon utama dan tambahan, serta menyindir realiti industri.

Babak-babak semakin lucu apabila Azza (Shiqin Kamal) secara tidak sengaja mencederakan pelakon antagonis. Penggambaran tergendala kerana tiada pengganti. Di sinilah Nafiez (Zahiril Adzim) yang tidak sengaja terjumpa Tok Batin (Amerul Affendi), yang sebenarnya seorang ketua penjenayah.

Lagi artikel di ifon.my  Ne Zha 2 Lepasi Kutipan Global Hampir 9 Bilion Ringgit

Tok Batin, yang juga dikenali sebagai Bro Safwan, menyamar dan bersetuju untuk menjadi watak utama. Dari sini, komedi mula meletup, secara harfiah dan metafora. Apa yang menjadikan filem ini istimewa adalah kejujurannya dalam menyampaikan lawak.

Tiada skrip yang terlalu dipaksa. Gelagat setiap watak terasa semula jadi. Kurang dari 10 minit tayangan, pawagam sudah bergema dengan ketawa penonton.

Kesemua pelakon memainkan peranan dengan baik, tiada yang tenggelam atau membayangi satu sama lain.

Malah, sinematografi filem ini juga patut dipuji, penggunaan lokasi yang menarik, sudut kamera yang kreatif dan kesan khas seperti letupan dilaksanakan dengan kemas.

Plot penceritaan disusun rapi, diselang-seli dengan sindiran halus terhadap dunia hiburan dan perfileman. Ia membuka mata penonton bahawa bukan semua yang indah dunia dunia seni.

Lagi artikel di ifon.my  Gladiator II : Pertarungan Penuh Epik

Sutradara Zahiril Adzim dan Adrian Teh berjaya menghasilkan naskhah yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyampaikan mesej tersirat dengan cara yang bijak.

Tahniah juga kepada ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw kerana memberi nafas kepada filem ini.

Intihanya, jika anda mencari filem tempatan yang ringan, menghiburkan dan penuh dengan kejutan lucu, Martabat Misi Berdarah adalah pilihan tepat.

Jangan letakkan jangkaan terlalu tinggi, biar filem ini sendiri mengangkat jangkaan anda sepanjang tayangan.

Ayuh, sokong filem tempatan. Tanpa sokongan kita, filem seperti ini tidak akan dapat terus berkembang. Saksikan Martabat Misi Berdarah di pawagam berhampiran dan bersedialah untuk ketawa dari awal hingga akhir.

Skor : 7.5/10 (75%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Malaysia Kini Tersenarai Dalam Ciri Peta Baharu Untuk iOS 26

nubia Z70S Ultra Photographer Edition & nubia Pad Pro Kini Rasmi di Malaysia: Gabungan Gambar Profesional dan Kuasa Produktiviti