KUALA LUMPUR , 12 Jun 2025 – nubia secara rasmi melancarkan dua produk utama mereka di Malaysia, nubia Z70S Ultra Photographer Edition dan nubia Pad Pro.

Kedua-dua peranti ini membawa inovasi dalam dunia fotografi mudah alih dan produktiviti harian, menawarkan pengalaman pintar dan profesional kepada pengguna.
nubia Z70S Ultra Photographer Edition menyerlah keagungan sebenar sebuah fon andalan, dipacu kuasa fotografi, sekali gus menjadi nadi kepada jenama nubia, dan jelas terserlah dalam Z70S Ultra Photographer Edition.

Telefon ini dilengkapi sistem optik 35mm Neo Master generasi kelima, yang menawarkan 40% lebih terang berbanding versi sebelumnya. Ia menggunakan sensor utama “Light & Shadow Master 990” dari Omnivision dengan resolusi 50MP, saiz sensor 1/1.3 inci, dan teknologi autofokus canggih H/V QPD untuk kejelasan maksima dalam pelbagai keadaan pencahayaan.
Antara ciri utama lain termasuk, penstabilan imej optik (OIS) dan lensa aperture besar f/1.7 dengan penapis IR khas, kamera telefoto 64MP periskop untuk rakaman makro dari jarak 15cm, kamera sudut lebar ultra 50MP dengan sokongan autofokus makro dan butang shutter fizikal dwi-tahap untuk kawalan tangkapan seperti kamera profesional.
Bagi peminat fotografi, nubia turut menawarkan Retro Kit eksklusif termasuk sarung klasik, bar kawalan kamera Neo Bar, cincin penapis dan aksesori tambahan yang menjadikan telefon ini setanding kamera profesional.
Rekaan skrin penuh juga menjadi tumpuan, dengan teknologi UDC generasi ketujuh (kamera bawah paparan), dipadankan dengan kaca Longxi generasi kedua untuk pengalaman visual yang lebih halus tanpa lubang kamera.

Prestasi dalaman juga mantap dengan cip Snapdragon® 8 Elite terbaru, memori LPDDR5X & storan pantas UFS 4.0, skrin 144Hz, kadar respons sentuhan 2500Hz dan mod gaming dipertingkat dengan bantuan pasukan e-sukan profesional.
Bateri pula menggunakan teknologi baharu 6600mAh Nanhai generasi ketiga dengan sel silikon-karbon, tahan dalam suhu rendah.
Malah, ia menyokong komunikasi luar talian (offline), membolehkan panggilan suara jarak jauh walau tanpa rangkaian ideal untuk aktiviti lasak luar.


nubia turut memperkenalkan tablet pertama mereka nubia Pad Pro, direka untuk kerja, pembelajaran dan hiburan.
Antara ciri menarik termasuk cip Snapdragon® 8 Gen 3 berkelajuan hingga 3.3GHz, RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0, skrin 10.9 inci 2.8K dengan resolusi 2880×1800, warna terang dan tepat, bunyi 3D sinematik dengan DTS X® Ultra.
Rekaannya juga ringan dan nipis hanya 523g dan 7.3mm tebal, dengan rangka logam kelas aeroangkasa.

Kamera hadapan 20MP sesuai untuk panggilan video berkualiti tinggi, manakala papan kekunci 78-kekunci penuh meniru pengalaman menaip komputer riba.
Sempena pelancaran ini, nubia Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga RM800 bersama hadiah percuma terhad bagi pembeli terawal.

nubia Z70S Ultra Photographer Edition dijual pada harga promosi RM3,399 (RM4,099) bagi 12+256GB (Hitam) dan RM3,899 (RM4,699) untuk 16+512GB (Hitam/Coklat Antik). Promosi sah dari 14 Jun hingga 27 Jun 2025, bermula jam 8 malam di Shopee nubia Malaysia, Lazada nubia Malaysia dan Laman Rasmi nubia Malaysia.
nubia Pad Pro pula dijual pada harga RM1,999 (RM2,399) 8+256GB (Hitam), RM2,499 (RM2,899), 12+256GB (Hitam/Perak) dan RM2,699 (RM3,099) 16+512GB (Hitam/Perak).
nubia Pad Pro juga tersedia mulai 8 malam, 14 – 27 Jun 2025