in

Apple Menjawab Mengapa iPad Tidak Menggunakan macOS.

Jika anda menonton WWDC25 sudah semestinya tahu akan evolusi iPadOS yang menawarkan Pengurusan Tetingkap seolah-olah menoktahkan iPadOS26 ke arah macOS.

Persoalan ini sering ditanya dan menjadi teka-teki sama ada iPad bakal menggunakan macOS. Walaupun Craig Federighi telah menafikan perkara tersebut. iPadOS 26 seolah-olah Apple ke arah transisi ke macOS.

Bagi mendapatkan maklumat lebih konkrit, Apple baru-baru ini telah menjawab persoalan yang sering ditanya kenapa iPad terutama iPad Pro yang berkuasa tidak menggunakan sistem macOS seperti Mac?

Akhirnya jawapan telah dituntaskan oleh Vita Chen, yang merangkap Pengurus Produk Apple untuk iPadOS, dan Tom Boger, Naib Presiden Pemasaran Produk Mac & iPad.Menurutnya, iPad dan Mac dilahirkan untuk pengalaman yang berbeza, walaupun secara harfiah menggunakan cip yang sama.

iPadOS dibangun sepenuhnya untuk kawalan sentuhan (touchscreen), manakala macOS lebih sesuai menggunakan tetikus dan papan kekunci.

Apple mahu kekalkan identiti iPad sebagai peranti mudah alih yang fleksibel, bukan sekadar menjadikan sebuah “Mac versi skrin sentuh”.

Jadi, walaupun iPad berkongsi kuasa pemprosesan yang sama, sistem operasinya kekal berbeza untuk jaga pengalaman pengguna.

Apple turut menambah aplikasi profesional seperti Final Cut Pro dan Logic Pro ke iPad Pro, yang telah dioptimumkan untuk sentuhan dan Apple Pencil.

Ini membuktikan Apple serius membawa fungsi profesional ke iPad, tapi masih berpegang pada prinsip bahawa iPad bukan MacVita Chen menekankan bahawa aplikasi di iPadOS telah direka semula khusus untuk kawalan jari dan pensel, berbanding dengan aplikasi macOS yang lebih kompleks.

Apple percaya sekiranya iPad menjalankan macOS, ia akan merosakkan pengalaman pengguna kerana sistem itu tidak dioptimumkan untuk sentuhan.

Oleh itu, Apple kekalkan perbezaan ini untuk beri dua jenis pengalaman terbaik.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Benihana Restoran Tempayaki Bertaraf Antarabangsa Kini Di Suria KLCC