REDMAGIC kembali gegarkan dunia permainan mudah alih dengan pelancaran model flagship terbaru mereka, REDMAGIC 10S Pro yang kini rasmi di Malaysia.
Direka khas untuk peminat permainan tegar, peranti ini tampil dengan prestasi mengagumkan, teknologi penyejukan tahap tinggi dan reka bentuk yang memukau.

Lebih menarik, ia merupakan telefon pertama di negara ini yang dikuasakan cip baharu Snapdragon 8 Elite Leading Version.
Di sebalik reka bentuk agresif REDMAGIC 10S Pro, tersembunyi kuasa yang luar biasa. Cip Snapdragon 8 Elite Leading Version yang digandingkan dengan RedCore R3 Pro memberikan peningkatan kelajuan CPU dan GPU, serta keupayaan AI yang jauh lebih pintar.

Dengan pilihan sehingga 24GB RAM dan storan dalaman 1TB, pengguna boleh melancarkan mana-mana permainan berat tanpa perlu risau tentang isu ‘lag’.
REDMAGIC terus memimpin dalam inovasi sistem penyejukan dengan teknologi ICE-X Liquid Metal 2.0 yang kini lebih efisien.

Ia bukan sekadar menyejukkan, tapi benar-benar menyerap haba daripada CPU dan mengurangkan suhu sehingga 5°C.
Dengan sokongan kipas turbo senyap dan pelbagai lapisan bahan penebat haba, pengalaman permainan kekal lancar walaupun dalam sesi panjang.
Skrin AMOLED 6.85 inci pada 10S Pro hadir dengan kadar segar semula 144Hz, resolusi tinggi 1.5K dan kecerahan mencecah 2,000 nits cukup terang walaupun di bawah pancaran syamsi di atas jumantara.
Apa yang membezakan paparan ini adalah respons sentuhan sepantas 2,500Hz serta sokongan multi-touch 960Hz sesuatu yang amat berharga untuk pemain FPS atau MOBA yang memerlukan ketepatan maksimum.
REDMAGIC 10S Pro dilengkapi bateri 7,050mAh dengan pengecas pantas 80W. Walaupun berkapasiti besar, reka bentuknya tetap kekal nipis dan bergaya sekali gus mencipta satu pencapaian hebat dari pasukan jurutera REDMAGIC.


Ia juga hadir dengan teknologi pengecasan pintar untuk menjaga kesihatan bateri dalam jangka panjang.Telefon ini tampil dengan badan logam telus, lengkap dengan lampu RGB yang boleh disesuaikan dan butang bahu khas untuk kawalan permainan.
Reka bentuk belakangnya yang rata menghapuskan tonjolan kamera, memberikan genggaman yang lebih selesa.
Pengguna boleh memilih antara mod pencahayaan yang berbeza serta menetapkan fungsi khas pada butang Magic Key sesuai untuk akses pantas semasa bermain atau menggunakan ciri harian.
Walaupun ditumpukan pada permainan, kamera 10S Pro tidak dipinggirkan. Ia dilengkapi kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra lebar 50MP, dan satu kamera tambahan 2MP untuk pengimejan tambahan.
Kamera hadapan 16MP pula menggunakan AI untuk menghasilkan swafoto yang semula jadi dan jelas.Bagi pengalaman lebih imersif, telefon ini menyokong audio stereo berkualiti tinggi dengan DTS-X, serta motor getaran 4D yang memberikan maklum balas haptik semasa bermain.
Lampu RGB belakang turut bertindak balas kepada bunyi dalam permainan, mencipta suasana yang benar-benar mendalam.REDMAGIC 10S Pro turut dilengkapi dengan pusat kawalan X-Gravity yang membolehkan sambungan kepada papan kekunci, tetikus, atau pengawal luar lengkap dengan Game Space dan pelbagai pemalam khas.
Butang bahu sensitif juga membantu pemain menikmati kawalan yang lebih intuitif dan responsif.Peranti ini turut mengintegrasikan Google Gemini AI pintar yang menawarkan ciri seperti carian visual, terjemahan masa nyata, sari kata semasa panggilan dan banyak lagi.

Ciri Circle to Search pula membolehkan pengguna mencari maklumat secara terus hanya dengan melingkari item di skrin.Selain sokongan 5G dwi-jalur, 10S Pro juga menawarkan NFC untuk Google Pay, dwi-SIM, IR blaster, serta pengimbas cap jari yang pantas dan selamat.
Semua ini dijalankan atas REDMAGIC OS 10.5 berasaskan Android 15, menjadikan telefon ini bukan sahaja power untuk gaming, tetapi juga teman harian yang cerdas dan fleksibel.
Peranti ini boleh dibeli pada harga seperti di bawah.
