in

Tayangan Perdana Filem Elio Disambut Meriah di IOI Damansara

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025 – Tayangan perdana filem animasi terbaharu Disney, Elio, berlangsung dengan penuh meriah di GSC IOI Damansara Mall malam tadi.

Acara eksklusif ini dihadiri oleh tetamu jemputan istimewa termasuklah KOL (Key Opinion Leader), keluarga terpilih serta rakan media yang turut sama memeriahkan suasana.

Lebih menarik, setiap penonton disajikan dengan kopi istimewa yang dibru secara eksklusif, lengkap dengan bertih jagung dan minuman yang disediakan khas di dalam pawagam menjadikan pengalaman menonton lebih selesa dan istimewa.

Elio mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya dan kini dijaga oleh mak ciknya. Kesunyian yang menyelubungi hidupnya mendorong Elio untuk mempercayai kewujudan makhluk asing.

Lagi artikel di ifon.my  Lilo & Stitch Mengekalkan Keaslian "Ohana"

Tidak disangka, impiannya menjadi kenyataan apabila dia secara tiba-tiba “diculik” oleh makhluk asing dari galaksi lain dan di situlah bermulanya pengembaraan penuh warna-warni, gelak tawa dan nilai kasih sayang.

Filem ini bukan sahaja sarat dengan elemen fantasi dan hiburan, malah turut menyentuh tema kekeluargaan yang menyentuh hati.

Hubungan erat antara Elio dan mak ciknya menyerlahkan nilai kasih sayang dan pengorbanan, menjadikannya tontonan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Malah, filem ini turut dianggap sebagai hadiah istimewa bersempena sambutan Hari Bapa, kerana turut menyelitkan mesej kasih seorang ayah terhadap anak.

Elio membawa penonton menjelajah dunia asing yang penuh kecomelan, tetapi dalam masa yang sama mengangkat nilai-nilai murni yang boleh dijadikan teladan.

Lagi artikel di ifon.my  Lilo & Stitch Mengekalkan Keaslian "Ohana"

Ia sebuah karya animasi yang bukan sekadar menghibur, tetapi juga menyentuh perasaan.Jangan lepaskan peluang untuk menonton Elio yang bakal mula ditayangkan di seluruh pawagam GSC bermula 19 Jun ini.

Jom rasai sendiri pengalaman luar biasa bersama Elio dan makhluk asing yang comel.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025): Tablet Andalan Profesional Dengan Pengalaman Setaraf Komputer Peribadi