in ,

M3GAN 2.0: Aksi dan Emosi Berganda

M3GAN 2.0 merupakan kesinambungan daripada filem M3GAN yang pernah mencetuskan fenomena dalam genre seram sains fiksyen.

Namun kali ini, M3GAN 2.0 tampil lebih berani dan segar dengan gabungan elemen seram, aksi, komedi, emosi serta nilai kekeluargaan yang menjadikan penceritaannya lebih kompleks dan menarik.

Plot kali ini memfokuskan kepada watak baharu, sebuah robot bernama Amelia satu ciptaan kecerdasan buatan (AI) yang berteknologi tinggi, berupaya bertarung, menyamar dan mengintip.

Namun, teknologi canggih ini bertukar menjadi ancaman apabila Amelia mula membunuh sesiapa sahaja yang mempunyai kaitan dengannya.

Dalam kekalutan ini, Gemma dan Cady, watak utama dari filem terdahulu, sekali lagi terperangkap dalam dunia AI yang tidak terkawal.Apa yang lebih mengejutkan, roh digital M3GAN muncul kembali untuk membantu Gemma menumpaskan ancaman baharu ini.

Lagi artikel di ifon.my  How to Train Your Dragon : Aksi Langsung Berbaloi Ditonton

Walaupun Gemma pada awalnya enggan mengulangi kesilapan lalu, keadaan memaksa dia dan pasukannya membina semula jasad M3GAN.

Maka bermulalah pertempuran antara dua kecerdasan buatan M3GAN vs Amelia yang mendebarkan dan penuh kejutan.

Dari sudut penceritaan, M3GAN 2.0 berjaya membawa dimensi baharu yang lebih emosional dan sarat dengan mesej tersirat, terutamanya berkaitan bahaya bergantung sepenuhnya kepada AI.

Jika filem pertama lebih serius dan mendatar dari segi emosi, sekuel ini diserikan dengan unsur komedi ringan dan aksi pertarungan yang cukup menghiburkan.

Dari aspek teknikal, sinematografi dan solekan watak robot seperti M3GAN dan Amelia dipersembahkan dengan cukup memuaskan.

Walaupun terdapat beberapa babak yang agak tidak masuk akal, saya memilih untuk “meletakkan logik akal di luar pawagam” dan menikmati hiburan yang ditawarkan sepenuhnya.

Lagi artikel di ifon.my  A Minecraft Movie : Dunia Kreativiti, Kurang Berisi

Secara keseluruhan, saya amat terhibur dengan M3GAN 2.0. Filem ini bukan sahaja mengembangkan jalan cerita dengan baik, malah berjaya mengimbangkan elemen seram dan hiburan dengan cukup kemas.

Sambutan yang diberikan semasa Tayangan Perdana di GSC IOI City Mall juga cukup meriah, dengan kehadiran karakter “M3GAN” sebagai penghibur dan aktiviti menarik bersama para tetamu.

Jutaan terima kasih kepada United International Pictures Malaysian atas penajaan 40 keping tiket kepada kami untuk menganjurkan “Giveaway “ serta menyaksikan tayangan awal bersama para pemenang dan KOL.

Untuk peminat filem sains fiksyen dan seram moden, jangan lepaskan peluang menonton M3GAN 2.0 di pawagam bermula hari ini. Skor : 7.5/10 (75%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Dendam Malam Kelam : Misteri dan Memukau