in

Raise The Star Malaysia: Empat Peserta Tersingkir Di Minggu Kedua

SHAH ALAM, 30 Jun 2025 – Pertandingan nyanyian popular Raise The Star Malaysia semakin hangat apabila konsert minggu kedua yang berlangsung malam tadi di Royale Theater Shah Alam menyaksikan empat peserta tersingkir dari saingan.

Erika Foo, Syaf Kahar, Bosswan dan Nishman menjadi peserta yang tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas gagal menambat hati para juri. Meskipun tersingkir, Bosswan tetap mencuri perhatian apabila berjaya membawa pulang anugerah Gempak Star On Fire untuk minggu kedua berturut-turut, satu pengiktirafan kepada persembahannya yang penuh tenaga.

Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap yang terdiri daripada nama-nama besar dalam industri muzik tanah air  Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul. Penilaian dibuat berdasarkan dua komponen utama iaitu 80% daripada markah juri profesional dan 20% lagi berdasarkan undian daripada peminat.

Program yang dihoskan dengan penuh ceria oleh pasangan hos popular, Alif Star dan Sherry AlHadad ini disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria. Penonton juga boleh menonton semula konsert melalui platform On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Lagi artikel di ifon.my  Raise The Star Malaysia : 10 Peserta Tersingkir, 20 Bakal Berentap di Minggu Kedua

Minggu ketiga dijangka bakal menyaksikan persaingan yang lebih sengit apabila peserta-peserta lain akan tampil dengan strategi dan persembahan yang lebih mantap demi merebut tempat ke pentas akhir Raise The Star Malaysia.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Konsert Jiwa Kacau Gegarkan Stadium Hoki Bukit Jalil