in

Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip7 secara PERCUMA dengan melanggan U Family 128 daripada U Mobile bersama Samsung Galaxy Z Fold7

Samsung baru sahaja melancarkan dua peranti boleh lipat terbaharunya, Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 untuk pasaran Malaysia.

Kedua-dua model ini berada dalam kelas andalan (flagship) dan direka khas buat mereka yang mementingkan produktiviti, gaya hidup moden dan minat terhadap teknologi terkini.

Ada yang lebih suka Galaxy Z Fold7, ada pula yang memilih Galaxy Z Flip7. Tapi bagaimana jika anda boleh memiliki kedua-duanya dengan bayaran untuk satu sahaja?

Melalui pelan U Family 128, U Mobile menawarkan promosi istimewa Beli Satu Percuma Satu, langgan pelan bersama Galaxy Z Fold7 (512GB) dan nikmati Galaxy Z Flip7 (256GB) secara PERCUMA dengan penjimatan sebanyak RM4,999.

Semuanya hanya dengan bayaran bulanan RM233 sebulan untuk peranti.

Lagi artikel di ifon.my  Raikan Ramadan Dan Syawal Ini Dengan Membeli Samsung Galaxy S25 Ultra Dan Miliki Samsung Galaxy S25 Secara Percuma Melalui Pelan U Family 128

Untuk lebih jelas, ini adalah pecahan bayaran bulanan:

Galaxy Z Fold7 (512GB): RM233

Galaxy X Flip7 (256GB) : RM0

Pelan U Family 128: RM128

Jumlah bulanan: RM361 (selama 36 bulan)

**Tidak termasuk cukai perkhidmatan

Dengan Pelan U Family 128, anda dan keluarga boleh menikmati sambungan tanpa had termasuk 1,000GB data 5G serta data perayauan global percuma di lebih 60 destinasi, yang boleh dikongsi sehingga empat talian. Malah panggilan tanpa had turut ditawarkan ekslusif buat pelanggan U Family 128.

Jika dibahagikan, setiap talian hanya RM32 sebulan. Samsung Galaxy Z Fold7 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite, menawarkan peningkatan prestasi yang ketara, 38% untuk CPU, 26% untuk GPU dan 41% untuk NPU sesuai untuk kecerdasan buatan (AI) dan tugasan multitugas.Selain itu, ia turut dilengkapi RAM 12GB dan storan 512GB, serta menyokong Samsung DeX untuk pengalaman seperti komputer meja.

Lagi artikel di ifon.my  Dapatkan vivo Y28s 5G Secara Percuma Dengan Pelan U Savemore

Dan pastinya, Samsung Pay memudahkan urusan pembayaran harian anda.Galaxy Z Flip7 pula dijana dengan cip Exynos 2500, RAM 12GB dan storan 256GB, cukup hebat untuk kegunaan harian dan media sosial.

Jadi, hanya dengan melanggan pelan U Family 128 dan memilih Galaxy Z Fold7, anda akan membawa pulang Galaxy Z Flip7 secara percuma, dan hanya perlu membayar RM233 sebulan untuk peranti.

Layari laman web rasmi U Mobile hari ini. Klik pautan http://u.com.my/ff7 untuk info lebih lanjut

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Superman (2025) : Aksi, Harapan & Warna Baharu Dari DC Studios

Smurfs (2025) : Pengembaraan Penuh Warna, Gelak Tawa dan Nilai Murni