in

Smurfs (2025) : Pengembaraan Penuh Warna, Gelak Tawa dan Nilai Murni

Papa Smurf (John Goodman) in Smurfs from Paramount Animation.

Filem Smurfs (2025) kembali menghidupkan dunia biru kecil yang cukup dikenali ramai, kali ini dengan jalan cerita yang segar dan mencuit hati.

Apa yang membuatkan filem ini lebih istimewa ialah watak Smurfette yang dibawakan oleh Raihana bukan sahaja comel dan bersahaja, malah nyanyiannya benar-benar memukau dan menghidupkan suasana.Kisahnya bermula apabila Papa Smurf diculik oleh Razamel, seorang watak jahat yang mahukan sebuah kitab ajaib yang dikatakan mampu menguasai dunia.

Demi menyelamatkan Papa Smurf, sekumpulan Smurfs terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka dan memulakan satu pengembaraan yang mencabar, penuh aksi dan juga pelbagai gelagat lucu.

Menggabungkan animasi dan aksi langsung, filem ini menawarkan visual yang menarik dan memuaskan. Dengan durasi sekitar 1 jam 32 minit, filem ini tidak terasa panjang atau membosankan malah setiap babak disusun rapi tanpa terasa mendatar.

Apa yang lebih mengujakan, filem ini bukan sahaja menghiburkan tetapi turut menyelitkan banyak pengajaran seperti semangat berpasukan, kepercayaan, kasih sayang dan keyakinan diri. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga, Smurfs (2025) sememangnya satu pilihan yang tepat untuk hiburan hujung minggu anda.

Lagi artikel di ifon.my  M3GAN 2.0: Aksi dan Emosi Berganda

Secara jujur, pada awalnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Namun selepas menontonnya, saya tersenyum puas. Filem ini benar-benar berjaya mencuri hati saya, lucu, menyentuh perasaan dan penuh pengajaran.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Smurfs (2025) yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 17 Julai ini. Bawalah anak-anak, keluarga atau rakan-rakan anda pasti terhibur.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip7 secara PERCUMA dengan melanggan U Family 128 daripada U Mobile bersama Samsung Galaxy Z Fold7

Noise : Sebuah Naskhah Seram Yang Menggugat Emosi Dan Deria Pendengaran.