in ,

PICO Fitness Challenge: Menari, Bersenam & Menang

Kuala Lumpur, 16 Julai 2025 – PICO XR kini memperluaskan dunia kecergasan di rumah dengan pelancaran PICO Fitness Challenge yang pertama. Cabaran ini mengajak pengguna dari Malaysia, Jepun, Korea, dan Thailand untuk mengubah gaya hidup dan bentuk badan mereka, bila-bila masa, di mana sahaja dengan set kepala PICO 4 Ultra.

Dikuasakan oleh Les Mills XR Dance, cabaran ini bakal bermula Ogos ini, menjanjikan pengalaman senaman realiti maya yang menyeronokkan dan imersif, dengan hadiah menarik bernilai lebih RM7,000 untuk peserta terbaik dari Malaysia.

Dari 1 hingga 30 Ogos 2025, peserta boleh bersenam, menari, dan capai matlamat kecergasan mereka tanpa perlu ke gim. Sepanjang 30 hari ini, peserta akan menggunakan Les Mills XR Dance, sebuah program senaman bertenaga penuh yang boleh dimuat turun di PICO Store.

Setelah mendaftar, peserta akan menerima salinan sementara permainan ini dalam akaun PICO mereka untuk memulakan perjalanan kecergasan VR. Dengan PICO 4 Ultra, setiap gerakan direkod dan kemajuan dapat diukur, memberi motivasi sepanjang cabaran.

Lagi artikel di ifon.my  PICO 4 Ultra Set Kepala Realiti Campuran Dilancarkan di Malaysia

Peserta boleh mendaftar melalui laman web PICO Fitness Challenge, memilih kategori pertandingan yang ingin disertai, dan memulakan pengalaman kecergasan mereka secara imersif.

Kemajuan akan direkod melalui log senaman yang dimuat naik setiap hari Isnin di laman web cabaran. Gambar kemajuan dan statistik mingguan turut membantu menjejak perubahan badan, manakala papan markah interaktif memastikan motivasi sentiasa tinggi.

Semasa mendaftar, peserta boleh memilih satu atau lebih daripada tiga kategori pertandingan dengan hadiah menarik untuk setiap kategori. Papan markah akan dikemas kini setiap minggu, menunjukkan kedudukan dan pencapaian peserta dari setiap negara.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan prestasi terkumpul sepanjang empat minggu.

Kategori 1: Kalori Paling Banyak Dibakar(Data berdasarkan sistem Les Mills XR Dance)

Hadiah Utama: Baucar tunai RM1,200

Naib Juara: Baucar tunai RM850

Tempat Ketiga: Baucar tunai RM420Kategori 2:

Kategori 2: Masa Senaman Paling Lama(Data berdasarkan sistem Les Mills XR Dance)

Hadiah Utama: Baucar tunai RM1,200

Lagi artikel di ifon.my  Ulasan Set Kepala Realiti Campuran Daripada PICO 4 Ultra

Naib Juara: Baucar tunai RM850Tempat

Ketiga: Baucar tunai RM420Kategori 3:

Kategori 3: Perkongsian Diet Sihat Terbaik(Melalui Facebook)

Hadiah Utama: Baucar tunai RM1,200

Naib Juara: Baucar tunai RM850Tempat

Ketiga: Baucar tunai RM420

BONUS: Semua peserta sah akan menerima baucar diskaun 30% untuk Les Mills XR Dance dalam akaun PICO mereka selepas tamat pertandingan.

Selepas kejayaan pelancaran PICO 4 Ultra tahun lalu, cabaran ini membuktikan komitmen PICO XR untuk mentakrifkan semula kecergasan melalui teknologi imersif. Digabungkan dengan PICO Motion Tracker, pengguna dapat menikmati penjejakan badan yang tepat dan pergerakan penuh semuanya dari ruang tamu sendiri.

Sama ada anda menari waktu pagi atau ber-yoga selepas seharian bekerja, PICO 4 Ultra akan menjadikan ruang anda sebuah studio kecergasan maya.

Jangan tunggu lagi pendaftaran kini dibuka sehingga 27 Julai, jam 11.59 malam. Daftar sekarang, cabar diri anda, dan ubah rutin kecergasan anda bersama PICO XR hari ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Noise : Sebuah Naskhah Seram Yang Menggugat Emosi Dan Deria Pendengaran.