in ,

Together : Unik, Misteri, Memukau

Together membawa penonton menyelami sebuah kisah cinta yang penuh misteri, dengan elemen seram yang tidak tipikal.

Filem ini tampil dengan jalan cerita yang segar, berbeza dan mencabar pemikiran.Kisah bermula dengan pasangan Tim dan Millie yang sedang menikmati detik-detik bahagia dalam hubungan mereka.

Dalam satu suasana mengejut, Millie melamar Tim di hadapan rakan-rakan mereka, sesuatu yang pelik apabila wanita melamar lelaki. Namun, suasana romantik itu bertukar janggal apabila Tim membisu, menyebabkan suasana menjadi tegang.

Walaupun begitu, Tim berjaya menenangkan keadaan, dan hubungan mereka kembali pulih.Walau kelihatan bahagia, Tim sebenarnya bergelut dengan perasaannya sendiri.

Dia seolah-olah tidak bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Namun, rasa sayangnya terhadap Millie mendorongnya untuk mengikuti Millie ke sebuah perkampungan terpencil, tempat Millie ditugaskan sebagai guru.

Di kampung itu, hubungan mereka mula diuji. Tim sering mengelak ajakan Millie untuk lebih intim, meskipun dia tetap cuba memujuk dengan alasan-alasan yang sukar dipercayai.

Lagi artikel di ifon.my  Bisikan Dosa Penuh Kejutan

Konflik dalaman Tim menimbulkan rasa sangsi dalam diri Millie.Satu hari, ketika mereka berjalan di hutan sekitar kampung, mereka tersesat. Ketika mencari perlindungan daripada hujan lebat, Tim terjatuh ke dalam satu kawasan misteri.

Di situlah bermulanya perubahan besar dalam hidup mereka. Sejak kejadian itu, mereka mendapati tubuh mereka akan melekat kuat bila berada terlalu dekat seolah-olah ada kuasa luar yang mengikat mereka bersama.

Fenomena aneh itu menjadikan hubungan mereka semakin renggang. Millie cuba menafikan apa yang berlaku, walaupun dia tahu semuanya benar. Apakah yang sebenarnya terjadi di tempat misteri itu?

Mengapa hubungan mereka berubah selepas kejadian itu? Semua persoalan itu hanya akan terjawab jika anda menonton sendiri.Dari segi emosi dan penceritaan, Together menyajikan kisah yang mendalam dan menyentuh.

Lagi artikel di ifon.my  Noise : Sebuah Naskhah Seram Yang Menggugat Emosi Dan Deria Pendengaran.

Jika anda pernah menonton The Substance, anda pasti akan merasai persamaan dalam satu sudut penceritaan. Namun, perlu dimaklumkan bahawa beberapa babak penting termasuk satu adegan intim yang membawa makna besar dalam naratif telah dipotong.

Mujurlah, potongan tersebut tidak menjejaskan kefahaman keseluruhan cerita.Walaupun bukan filem seram dalam erti kata biasa, Together menyelitkan elemen ngeri yang cukup untuk membuat anda tidak selesa, namun pada masa yang sama tertarik.

Filem ini penuh dengan simbol dan maksud tersirat menonton dengan teliti akan memberikan pengalaman yang lebih mendalam.

Secara keseluruhannya, Together ialah sebuah filem yang luar biasa dan wajib ditonton bagi anda yang gemarkan penceritaan yang unik dan penuh teka-teki.

Ia bukan sekadar hiburan, tetapi satu karya yang membuatkan anda berfikir. Dan ya bersiap sedialah untuk beberapa babak mengejutkan.

Skor: 7.7/10 (77%)

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

PICO Fitness Challenge: Menari, Bersenam & Menang

HUAWEI Pura 80 Kini di Malaysia dengan Keupayaan Kamera Generasi Baharu dan Rekaan Ikonik