in ,

iOS 26 Beta (Awam) Kini Dilancarkan: Apa yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang dijangka, iOS 26 Beta untuk pengguna awam telah dilancarkan hari ini. Berbeza dengan iOS 26 Beta untuk Pembangun (Developer Beta), versi Beta Awam (Public Beta) ini membawa risiko yang lebih sederhana dan sesuai untuk tujuan percubaan oleh pengguna biasa.

Secara ringkas, “Beta” merujuk kepada versi percubaan sistem sebelum ia dilancarkan secara rasmi kepada umum yang dijangka sekitar September nanti.

Perlu diingat bahawa iOS 26 Beta Awam masih berisiko dari segi kestabilan, bukan sahaja pada sistem iOS, tetapi juga pada aplikasi pihak ketiga.

Setakat ini, saya belum menerima sebarang aduan berkaitan aplikasi perbankan seperti M2U, Standard Chartered, UOB. Namun, bagi aplikasi HLB Connect saya menemui beberapa pepijat yang mungkin dibaik pulih dalam masa terdekat.

Kitaran Keluaran iOS adalah seperti berikut:

Beta Pembangun → Beta Awam → Golden Master (GM) → Versi Rasmi

Lagi artikel di ifon.my  Malaysia Kini Tersenarai Dalam Ciri Peta Baharu Untuk iOS 26

Versi Golden Master dijangka tiba sekitar dua bulan dari sekarang dan merupakan versi akhir sebelum pelancaran rasmi.

Tujuan utama Beta Awam adalah untuk memberi peluang kepada pengguna melaporkan sebarang isu atau ralat melalui aplikasi Feedback kepada Apple.

Ia bukan sekadar untuk menjadi pengguna terawal mencuba iOS baharu, tetapi untuk membantu memperbaiki sistem sebelum pelancaran rasmi.

Secara ringkas:

iOS 26 Beta (Pembangun): Dikhususkan untuk pembangun aplikasi agar mereka boleh menguji dan mengoptimumkan aplikasi seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain agar serasi dengan versi iOS terbaharu.

iOS 26 Beta (Awam): Disasarkan kepada pengguna iPhone yang ingin mencuba ciri-ciri baharu dan membantu Apple melaporkan isu sistem atau aplikasi yang boleh menjejaskan penggunaan harian.

Golden Master (GM): Versi terakhir sebelum pelancaran rasmi. Ini biasanya adalah versi stabil yang akan diterima oleh semua pengguna.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 BETA 10 Dan iOS 12 Public BETA 8 Sedia Untuk Dikemaskini

Kesimpulannya, tiada masalah untuk anda mendaftar sebagai pengguna Beta Awam ia adalah satu cara untuk membantu Apple menambah baik iOS sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Namun, anda harus bersedia menghadapi kemungkinan masalah teknikal, dan penting untuk sentiasa mengemas kini kepada versi Beta terkini.

Langkah penting sebelum memasang iOS 26 Beta Awam:

Lakukan sandaran terlebih dahulu, sama ada melalui iCloud atau iTunes/Finder. Ini akan memudahkan anda kembali ke versi stabil sekiranya timbul masalah yang serius.

Sebagai pengguna Beta Awam, anda juga akan menerima versi Golden Master lebih awal daripada pengguna biasa.

Berdasarkan jangkaan, versi GM akan dilancarkan pada 10 September 2025, serentak dengan pelancaran iPhone 17, Apple Watch Series 11, Apple Watch Ultra 3, Apple Watch SE 3, dan AirTag 2.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

HUAWEI Pura 80 Kini di Malaysia dengan Keupayaan Kamera Generasi Baharu dan Rekaan Ikonik